http://ulikehits.co.uk/ref-1031.html

Ex4Me

Livestreaming

Jumaat, 1 Oktober 2010

Perkasa Dayak Tak AdaKah?

PERKASA Cina : Nazri Aziz kata Muhyiddin MENGARUT
Sebelum itu, Muhyidin Yassin berkata sesiapapun adalah bebas untuk menubuhkan sebarang persatuan atau pertubuhan ini termasuk Perkasa versi Cina atau Perkasa versi India.

“ Kita boleh ada Perkasa Versi Cina mahupun Perkasa versi India “ katanya hari ini.

“Kerajaan tidak pernah menghalang sesiapapun dari menubuhkan sebarang Pertubuhan” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Asean School Games yang kedua di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur hari ini. Berita penuh sila baca di SINI

Itu kata Muhyiddin, manakala dibawah ini pula pendapat Nazri Aziz

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz menyifatkan cadangan naib presiden MCA, Datuk Donald Lim supaya satu pertubuhan Cina yang menyerupai kumpulan pejuang Melayu PERKASA ditubuhkan sebagai 'mengarut'.
Katanya, cadangan seumpama itu akan hanya menyebabkan ketegangan kaum antara Melayu dengan Cina memuncak, sedangkan pada masa sama kerajaan berusaha mengendurkannya.

Secara tidak langsung berita ini telah menunjukkan kepada kita betapa tidak selarinya pendirian pemimpin-pemimpin UMNO ini dalam menangani isu Perkasa Cina.

Muhyiddin kata boleh ditubuhkan kerana kerajaan tidak menghalang penubuhannya dan Nazri Aziz pula berkata cadangan itu adalah mengarut..

Adakah Nazri Aziz juga mengatakan Muhyiddin mengarut kerana membenarkan penubuhan Perkasa Cina?
Nazri: Cadangan PERKASA Cina mengarut
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz menyifatkan cadangan naib presiden MCA, Datuk Donald Lim supaya satu pertubuhan Cina yang menyerupai kumpulan pejuang Melayu PERKASA ditubuhkan sebagai 'mengarut'.

Katanya, cadangan seumpama itu akan hanya menyebabkan ketegangan kaum antara Melayu dengan Cina memuncak, sedangkan pada masa sama kerajaan berusaha mengendurkannya.

"Kita mahu mengetepikan PERKASA dan dia pula mahu menjadi pelampau,” kata Nazri kepada pemberita

"Bagaimana pula dengan kumpulan pelampau India? Kita tubuhkan juga kumpulan pelamapau Kadazan, Iban dan lain-lain. Biar semua kita bergaduhlah, adakah ini yang Lim kehendaki.”

Menurut Nazri sebagai pemimpin kanan BN, Lim tidak sepatutnya membuat kenyataan seumpama itu.

“Dua kesilapan tidak akan membetulkan keadaan,” kata Nazri.
Lim memberitahu akhbar Cina yang Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor seharusnya menerajui pertubuhan baru bagi menangani serangan agresif daripada PERKASA.
Nazri, bagaimanapun gagal menjelaskan sama ada BN seharusnya menjauhkan diripada daripada PERKASA atau menghadapi risiko persepsi negatif jika dikaitkan dengannya.

“Saya tidak tahu... Terdapat kebebasan menubuhkan persatuan di neagra ini,” katanya.

“Siapa rakyat negara ini? Adalah mereka semua Melayu? Ada juga bukan Melayu. Adakah beliau maksudkan mereka tidak mempunyai hak? Adakah mereka rakyat kelas kedua? Ini yang terjadi jika anda bersetuju dengan kenyataan (Mahathir).

“Tak boleh! Kita tidak boleh terima cadangan seumpama itu meskipun ia datang daripada bekas perdana menteri atau sesiapa sekalipun,"
kata Nazri Lagi

**Selalu sahaja kita dengar masalah begini timbul di semenanjung.
Namun kita tak pernah nak berusaha menyatu-padukan kaum kita, agar kita bersatu mencapai apa sahaja impian kita sebagai rakyat pribumi yang menetap di tanah air kita sendiri
Kenapa Ucak cakap camtu, sebab apa yang kita lihat hari ini, ternyata kaum kita amat jauh ketinggalan dari kaum lain, tapi masih juga ada segelintir masyarakat kita tak nak dengar itu semua, kerana fikir mereka dah cukup maju sebab ada rumah teres, kereta dan sebagainya.
Tanpa memikirkan nasib kaum sendiri yang kurang bernasib baik seperti bangsa lain.
Jangan lawan kerajaan,kerajaan mana boleh lawan, itulah percakapan yang selalu kita dengar.
Ceteknya fikiran kaum kita.. bukankah kita yang menubuhkan kerajaan,kalau kita boleh menubuhkan kerajaan ini bererti kita pun boleh menjatuhkan kerajaan.
Bagaimana kita menubuhkan kerajaan begitu jugalah kita menjatuhkan kerajaan, Iaitu "UNDI ANDA" perlu di beri kepada sesiapa sahaja yang benar-benar menyokong perjuangan kita.
Jangan terlalu menyokong pemimpin yang datang sekali-sekala membawa air arak dan kopi, kita dah merasa terhutang budi, semua itu duit rakyat juga.
*Ambillah kesempatan dari kekeruhan yang berlaku dari kaum lain untuk menyatu padukan kaum sendiri.
Dengan menubuhkan pertubuhan yang benar-benar perihatin tentang masalah kaum kita.
Kita boleh ambil contoh kaum lain, walaupun kaum mereka amat terbela nasibnya. Namun mereka tetap ada pertubuhan yang di perlukan untuk menyuarakan masalah mereka kepada pihak atasan.
Jadi JAngan Tunggu lagi. Mulakan daripada PR DUN yang akan di adakan bila-bila masa sahaja.