Bekas pembantu kontroversial Datuk Seri Anwar Ibrahim - Rahimi Osman yang mendakwa dipaksa membuat akuan bersumpah palsu - menyangkal cerita Latheefa Koya berhubung peristiwa merangka akuan tersebut.
Katanya, cerita Latheefa kepada Malaysiakini, yang disiarkan semalam adalah tidak betul dan hakikatnya, - dia langsung tidak takut bahawa polis akan menangkapnya dan sekaligus menafikan yang dia mencari perlindungan di Quality hotel di Shah Alam pada 28 Jun 2008.
“Orang-orang Anwar yang sebenarnya tidak henti-henti menelefon saya untuk menyuruh saya ke Quality Hotel.
“Pada mulanya saya enggan pergi, tetapi apabila ibu dan bapa menasihati saya supaya pergi untuk berjumpa dengan Anwar atas tanda hormat kepada Anwar kerana masih belum tentu dipastikan Anwar itu bersalah,” katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.
Latheefa sebelum ini, mendakwa Rahimi tiba pada malam 28 Jun itu dengan gementar dan ketakutan sebelum menceritakan semula apa yang beliau dengar daripada Saiful Bukhari Azlan.
Menurut ketua penerangan PKR itu lagi, Rahimi juga minta tinggal di hotel itu kerana takut dicari polis berikutan kemungkinan namanya turut disebut dalam laporan polis Saiful Bukhari. Pasukan peguam itu kemudian bersetuju memberikan perlindungan kepada Rahimi.
Rahimi dilaporkan kembali tenang semula setelah beberapa hari Saiful Bukhari membuat laporan polis mendakwa diliwat Anwar.
Dalam kenyataan akhbarnya hari ini, Rahimi menafikan cerita Latheefa itu. Dakwanya, sebelum ke Quality Hotel, dia berada di Hospital Kuala Lumpur bersama Saiful Bukhari, pakciknya, staff-staff dan doktor serta ramai pihak polis termasuk daripada bahagian Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman dan sempat berkenalan dan berbual panjang dengan mereka.
“Jadinya, kenapa pula kata Latheefa bahawa saya yang takut pihak polis menangkap saya dan meminta perlindungan daripada mereka di Quality Hotel?
“Sedangkan saya baru sahaja pulang dari HKL, berbual dan beramah mesra dengan ramai anggota serta pegawai polis yang mengendalikan kes Saiful. Ini adalah antara kenyataan paling kelakar yang dibuat oleh Latheefa.”
“Mukanya pucat lesi dan ketika bersalam dengan Anwar, tangannya memang mengeletar.
“Saya boleh cabar pemimpin parti yang ada pada malam itu di Quality Hotel untuk nafikan bahawa muka Anwar pucat lesi. Kalau dia seorang hero dan tidak takut, kenapa pula perlu lari ke kedutaan Turki?” soal Rahimi.
Sebaliknya menurut Rahimi, sebenarnya, Anwar yang berada di dalam ketakutan. Katanya, beliau telah menceritakan berhubung apa yang sebenarnya terjadi kepada naib pengerusi PKR, R Sivarasa dan Latheefa tetapi mereka menyuruhnya menukar cerita. “Walaupun bukan sedikit orang-orang dalam PKR yang membenci Latheefa kerana mulutnya yang sangat becok. Tetapi, orang-orang yang membenci Latheefa inilah yang menggunakan dia untuk memelihara kedudukan masing-masing. “Saya doakan hati Latheefa terbuka dan tidak dipergunakan lagi. Amin,” kata Rahimi.
**Bagi "Ucak, kes ini adalah kes yang menghabiskan duit rakyat, bermacam-macam drama dan cerita yang di keluarkan, namun kes ini terlalu mengambil masa yang lama untuk di putuskan sehingga timbul pulak cerita yang terbaru dari mulut orang yang rapat dengan Anwar sendiri, sahabat pulak kepada yang mendakwa di liwat, sepatutnya Rohimi tak perlu lama nak mengeluarkan cerita ini dari hati dia.
kerana ini akan melambatkan lagi kes ini.
Kenapa baru sekarang Rohimi nak keluarkan kenyataan ini, apakah beliau takut kehilangan jawatan,ketika bersama Awnar, dan umum akan buat andai sendiri, adakah Rohimi telah dapat jawatan lain yang lebih bagus
sekarang dan jawatan apa yang beliau ada sekarang.
Seharusnya sesiapa sahaja yang berkaitan dengan kes ini tampil sahaja kehadapan untuk memberi apa sahaja yang di perlukan makhamah agar kes ini dapat di selesaikan dengan segera.
Kalau tidak kes ini akan terus berpanjangan dan menghabiskan duit rakyat, dan mungkin masih lagi banyak kes yang dulu dari kes ini pun belum di selesaikan lagi.