http://ulikehits.co.uk/ref-1031.html

Ex4Me

Livestreaming

Ahad, 31 Oktober 2010

Sogokan Di Galas

N45 Galas: Habuan RM250 Menyalahi Peraturan Pilihan Raya

GUA MUSANG: Tindakan PAS menawarkan bayaran sehingga RM250 kepada pengundi yang berada di luar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas untuk pulang mengundi merupakan perbuatan sogokan dan menyalahi undang-undang di bawah Seksyen 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, pemberian wang berkenaan boleh disifatkan sebagai pemberian sogokan bagi tujuan membeli undi.
"Pihak parti mungkin boleh memberikan pelbagai alasan bahawa pemberi wang itu adalah sebagai saguhati untuk tujuan menampung kos makan minum ataupun saguhati meninggalkan kerja atau apa sahaja.
"Tapi Akta Kesalahan Pilihan Raya dengan jelas menyatakan tindakan berkenaan adalah salah di sisi undang-undang," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Sabtu.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai kenyataan Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman bahawa parti itu akan membayar wang sehingga RM250 kepada seramai 1,557 pengundi berdaftar di DUN Galas berada di luar kawasan bagi menampung kos perjalanan pulang mengundi pada pilihan raya kecil yang akan diadakan pada 4 November depan.
Abdul Halim menyifatkan pemberian wang berkenaan bukanlah satu bentuk rasuah sebaliknya sebagai insentif bagi menarik minat pengundi untuk pulang menunaikan tanggungjawab mereka.
Bagaimanapun menurut Wan Ahmad, perkara berkenaan terpulang kepada parti lawan untuk mengambil tindakan susulan sekiranya pihak berkenaan mempunyai bukti yang kukuh.
"Dalam hal ini terserah kepada parti lawan, kalau mereka mahu ambil tindakan undang-undang...pihak PAS sewajarnya tahu apakah implikasinya.
"Sebarang aduan boleh dikemukakan kepada SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) untuk disiasat," katanya.
Ditanya sama ada tindakan parti-parti politik menyediakan pengangkutan pada hari pengundian untuk membawa pengundi ke pusat mengundi turut menjadi satu kesalahan, Wan Ahmad berkata: "Perkara berkenaan boleh diterima kerana hanya menyediakan perkhidmatan pengangkutan.
"Kita pun faham bahawa kadangkala orang kampung tiada pengangkutan, jadi perkhidmatan berkenaan tidak salah kerana mereka hanya bantu untuk hantar pengundi."

* Undi adalah rahsia apa  nak takut SPRM,  eloklah pengundi dapat duit percuma untuk balik kampung daripada tak mengundi lansung, Habis yang BN bagi ticket perlawanan akhir piala malaysia kepada penyokong kelantan bukan di kira sogokankah?.
Belum tentu seramai 1,557 orang pengundi yang berdaftar itu akan mengundi Pas, SPRM harus lebih telus lagi dalam semua perkara bukannya kelihatan menyebelahi mana-mana pihak memandangkan tugas SPRM yang begitu penting dalam permbangunan negara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan