http://ulikehits.co.uk/ref-1031.html

Ex4Me

Livestreaming

Ahad, 10 Oktober 2010

Sapp desak Perjanjian Malysia dihormati

 Parti Maju Sabah (SAPP), akan mengheret kerajaan persekutuan dan kerajaan Britaish ke mahkamah kerana mencabuli Perjanjian Malaysia, jika mereka membentuk kerajaan negeri pada pilihan raya umum akan datang.Presidennya, Datuk Yong Teck Lee berkata peguam parti itu telah mengumpulkan bukti serta dokumen yang mencukupi bagi menyokong hujah mereka bahawa perjanjian yang dimeterai pada 9 Julai 1963 itu boleh dikuatkuasan menerusi perintah mahkamah.Sehubungan itu, Yong juga mendesak agar peruntukan yang terkandung dalam Perjanjian Malaysia dihormati oleh kerajaan persekutuan dan tidak mencabulinya. Ini termasuk menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan dalam perkhidmatan awam untuk penduduk Sabah, katanya."Banyak rakyat Malaysia tidak menyedari bahawa Malaysia wujud daripada Perjanjian Malaysia yang dimeterai di London pada 9 Julai, 1963.
"Pihak yang terlibat dalam perjanjian antarabangsa ini adalah United Kingdom, Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sarawak dan Borneo Utara (kini Sabah)," katanya ketika merasmikan mesyuarat agung tahunan cawangan-cawangan SAPP di Petagas, yang diadakan di kediaman ketuanya, Dullie Mari, di Kampung Muhibbah di Putatan.

 
Beliau berkata Perjanjian itu mengandungi 10 perkara, yang jelas dan mudah difahami."Sehingga hari ini, selepas 47 tahun berlalu, apa yang saya dengar semua adalah janji kosong termasuk yang dibuat oleh Menteri Penerangan pada Hari Malaysia,” katanya.


**Sesuatu yg tak di suarakan oleh mana-mana pemimpin Bumiputra di Sarawak, tentu ramai orang yang hairan, Apabila perkara ini di suarakan oleh orang yang pernah bekerjasama dalam Barisan Nasional dan juga berturunan Cina,tahniah kepada Datuk Yong Teck Lee yang berani menyuarakan satu kebenaran yang cuba di sembunyikan atau lebih indah bahasanya cuba di lenyapkan, kenapa tak di suarakan sahaja cerita ini pada sambutan Hari Malaysia yang pertama kali di raihkan dengan cuti umum yang lalu.
Seharusnya juga Beliau menyuarakan perkara ini ketika jadi ketua menteri Sabah dahulu, mungkin juga beliau berpendapat inilah modal terbaik untuk menentang Barisan Nasional ketika ini di bandingkan dengan modal-modal basi yang mana rakyat lansung tak berganjak dengan pendirian mereka BN adalah yang terbaik.

Bagi "Ucak, apa yang di suarakan Yong Teck Lee ini seharusnya di jadikan landasan terbaik warga bumiputra di Sarawak untuk menjauhkan diri dari konco-konco BN.
Sudah jelas kita di anak tiri-kan dalam semua perkara, jangan biarkan pemimpin kita lena dengan poket mereka yang sentiasa berisi, daripada memikirkan masalah rakyat yang sentiasa inginkan kemudahan asas mereka di laksanakan dengan segera,bukan hanya janji-janji sahaja.