http://ulikehits.co.uk/ref-1031.html

Ex4Me

Livestreaming

Ahad, 24 Oktober 2010

PAS yakin pertahan Galas

KUALA TERENGGANU: PAS yakin calon mereka mempunyai kelebihan pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas walaupun pernah dua kali tewas ketika bertanding kerusi Parlimen Gua Musang menentang Tengku Razaleigh Hamzah sebelum ini.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata kali terakhir bertanding kerusi Parlimen Gua Musang iaitu pada Pilihan Raya Umum 2008, undi yang diperoleh Dr Zulkefli Mohamad di DUN Galas melebihi undi tokoh veteran UMNO itu. “Pada pilihan raya umum lalu Dr Zulkefli mendapat 300 majoriti undi di kawasan Galas walaupun beliau kalah di kerusi Parlimen Gua Musang kepada Tengku Razaleigh,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Ijtima Kepimpinan PAS Negeri Terengganu, semalam. Abdul Hadi berkata bagaimanapun, PAS hanya meletakkan keyakinan 48 peratus peluang kemenangan pilihan raya kecil itu.

* Apa cerita ini Abdul Hadi 2% dah kira kalah juga tu, 2 kali dah kalah mungkin juga  boleh jadi kali ketiga, Apa yang kita lihat kemenangan boleh memihak memana calon yang bertanding kerana pas memang mempunyai penyokong yang ramai, tapi BN pun tak kurang ramainya penyokong mereka di Galas.
Kemenang 50% BN 50% Pas dan mungkin hanya 2% sahaja menentukan kemenangan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan