http://ulikehits.co.uk/ref-1031.html

Ex4Me

Livestreaming

Isnin, 11 Oktober 2010

Dahulukan Kepentingan Negara, Jangan Meminta-Minta - Najib

 KUALA LUMPUR: Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mahu semua parti komponen BN tidak mengamalkan sikap meminta-minta untuk kepentingan kaum masing-masing sahaja sebaliknya mereka perlu mendahulukan perspektif dan kepentingan negara.
Perdana Menter berkata, meminta sesuatu daripada kerajaan adalah satu proses yang normal namun mereka perlu meletakkan perspektif negara di hadapan dan bukannya mementingkan kaum masing-masing sahaja.
“Sebab itu kita ada sikap tolak ansur, ini yang menjadikan Malaysia sebuah negara yang istimewa kerana kita meletakkan kepentingan negara sebagai perkara utama.
“Janganlah kita meminta-minta sahaja, tetapi bila kita meminta mereka memberi sumbangan mereka senyap,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Mesyuarat Agung Tahunan MCA di Wisma MCA pada Ahad.
Mohd. Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) mahu setiap parti komponen perlu menjadi suara kaum yang mereka wakili tanpa mengabaikan kepentingan negara ini.
“Sebab itu MCA jadi parti suara kaum Cina. Ini bukan sahaja soal menunaikan permintaan mereka sahaja.
“Sesiapa sahaja boleh minta apa sahaja. Saya pergi kepada MCA mereka minta, saya pergi kepada MIC juga mereka minta. Saya pergi kepada parti di Sabah dan Sarawak mereka minta. Saya pergi kepada orang Telegu pun mereka minta juga daripada saya,” katanya.
Beliau turut menyeru pemimpin MCA di semua peringkat supaya mengamalkan sikap tolak ansur dan tolong-menolong antara satu sama lain tanpa mengira kaum.
“Kita perlu bantu semua rakyat dan bukan hanya kaum Cina sahaja. Jika kita lihat orang Melayu dan India susah kita perlu bantu mereka.
“Saya gesa Umno supaya melakukan perkara yang sama juga. Saya jaga awak, awak jaga saya” katanya.
Jelasnya, pemimpin MCA di semua peringkat supaya bekerja keras dan melakukan penambahbaikan kepada bahagian masing-masing menjelang pilihan raya umum (PRU) akan datang.
“Turun naik dalam politik adalah perkara biasa, tetapi kalau kita ada kepimpinan yang bersatu-padu, bergerak sebagai satu pasukan, kepimpinan yang dedikasi dan setia, kita pasti akan dapat mengatasi masalah yang sedang dihadapi.
“Saya tidak khuatir sangat keputusan PRU 2008, saya lebih khuatir sekiranya kita ada masalah dalaman dikalangan parti komponen BN,” katanya.
Mohd Najib yang juga sebagai Pengerusi BN berkata, niat beliau hanyalah satu iaitu mahu melihat MCA menjadi sebuah parti yang kuat pada masa hadapan.
“Demi kepentingan masyarakat Cina di negara ini, kita mahu MCA yang kukuh dan efektif.
“Pada hemat saya, kepimpinan MCA yang baru telah mula bekerja sebagai satu pasukan untuk megerakkan dan menyatukan ahlinya sebagai sebuah parti yang kuat,” katanya.
Oleh itu beliau menyeru, setiap parti komponen perlu realistik dalam menentukan halatuju dalam menghadapi cabaran pada masa hadapan.
“Masih banyak perkara yang perlu dilakukan tetapi kita telah mula lakukan perubahan itu dengan baik.
“MCA melakukan beberapa gerak tindakan yang boleh menaikkan kedudukan parti itu terutamanya di mata kaum Cina,” katanya.
Tegasnya, dalam melakukan perubahan, semua parti komponen BN perlu menjadi realistik dan tidak rasis.
“Kita dalam BN termasuk Umno mesti bagi ruang kepada MCA. Jika kita tidak beri ruang yang secukupnya kepada mereka.
“Jika tidak bagaimana kita hendak berharap MCA boleh memberikan keputusan yang terbaik pada pilihan raya umum akan datang,” katanya.

*Wow sana-sini pun meminta betulkah pemimpin dari sarawak banyak meminta, jadi apakah pemintaan mereka,apakah mereka meminta untuk kepentingan sendiri atau rakyat.
Kalau benar pemimpin sarawak banyak meminta pun tak ada salahnya jika ianya permintaan untuk rakyat
seperti yang umum ketahui di sarawak amat luas kemudahan asas masih belum lagi mencukupi untuk semua penduduk di sarawak terutama bekalan air bersih(paip) letrik dan jalanraya.
Tapi kalau pemimpin sarawak banyak meminta untuk kepentingan mereka sendiri perkara ini memanga tak wajar sama sekali, adalah tidak salah pun jika pemimpin-pemimpin di sarawak meminta-minta kerana negeri Sarawak banyak sumbangannya untuk negara tapi kemudahan yang sepatutnya telah ada memandangkan sudah 47 dalam malaysia masih lagi tak di laksanakan oleh pemimpin negeri Sarawak yang di ketuai oleh Taib Mahmud, tapi selalu saya dengar pemimpin UMNO,MCA,MIC dan juga dari Sabah  atau pun mungkin saya terlepas apa yang pemimpin Sarawak minta selama ini.Yang jelas lihat sahaja di Parlimen hari ini pemimpin dari sabah di berikan lebih banyak tugas di parlimen bukan macam. Apabila pemimpin mereka banyak meminta, pemimpin dari Sarawak sebagai timbalan pun dah gembira, yang tak gembira hanyalah anak Taib Mahmud,hingga beliau melepaskan jawatannya sebagai timbalan kepada 2 pemimpin wanita, ternyatalah parlimen tak memerlukan beliau memandangkan bapa beliau Taib Mahmud telah lama berkuasa di negeri Sarawak.Mungkinkah Beliau bakal mengantikan Taib Mahmud sebagai Ketua Menteri Sarawak yang baru.
Perkara ini tak mustahil berlaku walaupun ramai rakyat berkehendakan orang lain, menjadi ketua menteri yang baru.Semoga ada perubahan pada pilihan raya ke 13 nanti untuk pembangunan rakyat bukan untuk kesenangan pemimpin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan