Marilah kita sama-sama melihat yang mana satu lebih hebat, berani dan benar, Apa jua pun keputusan hanya makhamah yang menentukan.
Apa pun keputusan makhamah terhadap kes ini 'Ucak' tetap nyakin rakyat sememangnya telah bersedia untuk melakukan perubahan, kalau tak banyak sikit pun kira perubahan juga, perkara yang utama ramai orang beranggapan DSAI adalah orang yang membawa kepada kebangkitan rakyat untuk bersuara.
Semuanya itu mungkin ada kebenaran, al-maklumlah DSAI pun orang kuat dalam BN suatu ketika dahulu sebelum di singkirkan.
Tapi hari ini 'Ucak fikir rakyat tetap akan meneruskan sahaja pejuangan mereka walaupun tanpa DSAI, kerana ramai yang mula sedar bertapa jauh mereka di pinggirkan, yang kenyang terus kekenyangan, jadi tidak timbul isu samada DSAI ada atau tidak pejuangan rakyat akan tetap di perjuangkan
Sana-sini pun kita dengar rakyat mengadu terutama yang di
pedalaman masih kekurangan kemudahan asas, sedang yang di pinggir bandar pun masih ada lagi yang mengadu itu ini masih tak terurus, walaupun dah 50 tahun merdeka.
Namun pun begitu masih ada juga negeri yang amat kurang hasil negeri nya masih mampu berbangga menyuarakan Negeri maju 2010.
Bagaimakah negeri begini boleh maju, sedangkan sumber negeri amat terhad, sedangkan ada negeri yang mempunyai sumber asli yang begitu banyak, masih lagi jauh kebelakang, hairan bin pelik.
Tapi apa yang nak di haiarankan itu, sebab yang tak membawa perubah pada negeri pun bukan rakyat tapi Menteri yang Bertanggungjawab tidak melakukan tugasnya untuk negeri dan rakyat tapi lebih kepada mengisi tabung keluarga dan saudara mara.
Perkara ini dah lama berlaku namun rakyat masih ada yang tak sedar dan terlena dengan janji-janji kosong, Lalu berkata kerajaan mana boleh lawan, lucu... bila ada rakyat bersuara macam itu, bukankan rakyat yang menubuhkan kerajaan. Mana ada kerajaan tanpa rakyat
Tiada ulasan:
Catat Ulasan