http://ulikehits.co.uk/ref-1031.html

Ex4Me

Livestreaming

Ahad, 24 Oktober 2010

Teck Lee jadi sandaran SAPP

 BN letak anak jati Sandakan lawan bekas Timbalan Ketua Menteri

SANDAKAN: Parti Maju Sabah (SAPP) semalam menamakan Presidennya, Datuk Yong Teck Lee, sebagai calon pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi, 4 November ini yang disifatkan oleh bekas Timbalan Ketua Menteri itu sebagai ‘pertarungan hebat dan permulaan yang bakal mencetuskan panik bagi Barisan Nasional (BN) Sabah’.
Tetapi, Pengerusi BN Sabah, merangkap Pengarah Pilihan Raya Kecil Parlimen Batu Sapi bagi BN, Datuk Seri Musa Aman, tidak gentar dan menyatakan BN akan meletakkan anak jati Sandakan bagi menyaingi Yong, yang bukan anak tempatan. “Kita tidak terkejut dengan keputusan (Yong) untuk bertanding dan kita sudah jangka dari awal lagi. Bagaimanapun, pengundi sedar mana calon yang boleh berkhidmat dan membela nasib rakyat. Kami sudah bersedia. Kita bersetuju untuk meletakkan calon anak jati Sandakan kerana beliau tahu dan mengerti masalah di Sandakan khususnya di Batu Sapi selain atas permintaan rakyat Batu Sapi.

“Calon BN akan diumumkan esok (hari ini) pada jam 2.30 petang di Sandakan. Kita mahu pemimpin yang boleh menolong rakyat di kawasan itu, maklumlah Sabah banyak kekurangan dan mereka mahu pembangunan serta perubahan,” katanya ketika ditemui pada Perhimpunan Agung UMNO Ke-61 di Kuala Lumpur, semalam.

Bagaimanapun, Yong, 52, yang mengakui pilihan raya berkenaan tidak mudah bagi pembangkang berdasarkan majoriti besar diperoleh BN pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12 lalu berkata, SAPP mengambil keputusan bertanding bagi mengembalikan hak rakyat Sabah selain memberi isyarat kepada BN supaya tidak memandang rendah kemampuan parti tempatan.

Selain memberi isyarat kepada Kerajaan Persekutuan supaya menyemak semula keistimewaan diberikan kepada kerajaan Sabah ketika negeri itu menyertai pembentukan Malaysia pada 1963, beliau berkata, penyertaan SAPP di Batu Sapi juga bertujuan membantu masyarakat miskin dan miskin tegar di Sabah yang didakwa masih terlalu ramai berbanding di Semenanjung.
“Kekalahan BN pada pilihan raya kecil ini adalah permulaan berakhirnya BN di Sabah dan Malaysia. BN Sabah tidak boleh lagi dijadikan simpanan tetap BN secara keseluruhannya,” katanya.

*Penyokong  pembangkang yang yakin calon mereka boleh menang di Batu Sapi,haruslah bekerja lebih keras lagi sebelum melaung-laungkan hidup pembangkang.
Bagi "Ucak, Yong Teck Lee tak mungkin mampu mengalahkan bekas sabahat beliau dalam BN, untuk berkempen. Memandangkan dah terlalu ramai pun Ahli Parlimen Sabah mendapat tempat yang baik di Putrajaya berbanding sebelumnya iaitu ketika Yong Teck Lee masih lagi sebagai Ketua Menteri Sabah ketika bersama BN, Lagi satu andai benar PKR pun nak meletakkan calon mereka, ini adalah satu bonus bagi penyokong tegar BN, dah tentu penyokong pembangkang akan bebagi 2 dan mungkin juga 3 iaitu mungkin juga ada yang memihak BN.
Kemenangan 65% memihak BN dan hanya 35% memihak Sapp. Ada kemungkinan PKR tak jadi meletakkan calon mereka, kerana ini memang jelas akan memihak BN.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan