http://ulikehits.co.uk/ref-1031.html

Ex4Me

Livestreaming

Jumaat, 8 Oktober 2010

Imigresen, SPRM bincang atasi masalah rasuah

PUTRAJAYA: Jabatan Imigresen akan mengadakan perbincangan dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi mengatasi masalah kegiatan rasuah dalam kalangan pegawainya di pintu masuk negara terutama melalui jalan laut.

 Datuk Abdul Rahman Othman,Ketua Pengarah Imigresen, berkata oleh kerana cadangan sebelum ini iaitu menempatkan pegawai-pegawai SPRM di pintu masuk negara ditolak dengan alasan kakitangan tidak mencukupi, beberapa cadangan lain telah dikenal pasti termasuk menempatkan pegawai hanya di kawasan "panas" yang sering berlaku kejadian berkenaan. Beliau berkata pegawai SPRM dicadangkan untuk mengawasi sesebuah tempat untuk satu tempoh yang singkat dan kemudian dihantar ke tempat lain pula.
"Mungkin dau tiga hari di sini, dua tiga hari di sana. Ini saya punya pandangan dan kita akan bentangkan nanti," katanya kepada pemberita selepas Majlis Hari Raya Aidilfitri Jabatan Imigresen di sini hari ini.

Abdul Rahman berkata pelaksanaan cadangan itu bagaimanapun tertakluk kepada persetujuan kedua-dua pihak.

Beliau berkata adalah tidak adil untuk menyalahkan Jabatan Imigresen "100 peratus" dalam kes pendatang asing tanpa izin.

"Bila (pendatang sampai ke Imigresen, maknanya dah runtuh tiga peringkat pertahanan negara iaitu Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Pasukan Gerakan Marin.
"Imigresen adalah agensi terakhir, tapi orang yang terakhir yang akan terpalit," katanya. -*Berita harian.

**Patutkah SPRM memantau kawasan 'panas seperti yang di cadangkan Imigresen, kenapa tidak pegawai Imigresen sendiri yang memantau kegiatan yang tak sepatutnya berlaku.
Siapakah yang menyalahkan '100 peratus" kes pendatang tanpa izin seperti yang di nyatakan,' Datuk Abdul Rahman Othman,Ketua Pengarah Imigresen, Tapi apa yang berlaku sebenarnya menebalkan lagi kenyakinan rakyat bahawa pertahanan negara amat senang di bolosi
Seperti mana yang di perkatakan, Ketua Pengarah Imigresen.Tiga pasukan pertahanan telah pun di bolosi terlebih dahulu, barulah sampai kepada Jabatan Imigresen, jadi ke mana perginya pasukan ini ketika pendatang tanpa izin ini telah pun semakin hampir dengan negara.
Sebagai benteng yang mampu menahan kedatangan PATI seharusnya juga pihak Imigresen tak perlu mempersoalkan tugas pertahanan negara seperti yang di perkatakan oleh Ketua Pengarah Imigresen.
Iaitu Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Pasukan Gerakan Marin, seharusnya beliau menyalahkan sendiri petugas Imigresen yang tak amanah menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka, bukannya pihak lain.
Yang hairannya  ketiga-ketiga pertahanan depan negara ini seolah-olah begitu mudah di lepasi PATI sebelum menghampir Jabatan Imigresen.