http://ulikehits.co.uk/ref-1031.html

Ex4Me

Livestreaming

Selasa, 5 Oktober 2010

Azmin bukan aset perjuangan rakyat

KUALA LUMPUR 4 Okt. – Calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali disifatkan sudah ‘hilang akal’ apabila menuduh Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) memperjuangkan perkauman sempit.
Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali menegaskan, Perkasa bukan pertubuhan rasis atau perkauman kerana ia mempertahankan asas kekuatan negara yang tidak terkeluar daripada keluhuran Perlembagaan Persekutuan.
Menurut beliau, perjuangan Perkasa juga berdasarkan kepada kontrak sosial yang sudah dipersetujui semua kaum sebelum ini demi keamanan dan kesejahteraan negara.
“Apabila Azmin membuat tohmahan bahawa perjuangan Perkasa yang membela Melayu dan Islam sebagai sempit, ia membuktikan bahawa dia hilang akal. Dia hanya hulubalang Anwar (Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim) dan bukannya aset kepada perjuangan rakyat.
“Kekuatan dan kemampuan politiknya hanya untuk menjual bangsa demi mendapat undi dan sokongan kaum Cina dan India. Saya percaya selepas ini mereka akan sedar belangnya yang sebenar,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Azmin semalam yang berikrar akan melawan habis-habisan Perkasa dan individu yang berselindung di sebalik pertubuhan itu kerana memperjuangkan perkauman sempit.
Sementara itu Presiden Gagasan Melayu Perak (GMP), Datuk Seri Mohd. Hilmi Ismail amat kecewa dan tersinggung dengan kenyataan Azmin itu dan yakin perasaan itu dikongsi bersama oleh beratus lagi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berteraskan Melayu di negara ini.
Tegas beliau, NGO Melayu di negara ini langsung tidak mengharap dan memerlukan sokongan PKR atau parti politik lain untuk menggerakkan agenda masing-masing.
“Punca utama NGO muncul seperti cendawan selepas hujan selepas Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12 lalu adalah kerana mereka hilang keyakinan terhadap peranan parti-parti politik membela nasib Islam dan Melayu.
“Jika kita harap kepada UMNO atau PKR, sudah tentu kami (NGO) tidak akan wujud dengan banyaknya. Mengapa semasa era bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad NGO Melayu tidak begitu banyak? Jawapannya adalah kerana beliau dan kerajaan menjaga kepentingan agama dan bangsa,” katanya.
Katanya, PKR tidak boleh memandang rendah kekuatan NGO kerana pada pilihan raya umum akan datang tidak mustahil ahli-ahlinya akan menjadi salah satu penentu kepada kekalahan dan kemenangan mana-mana calon.
Mohd. Hilmi juga menyangkal tohmahan Azmin bahawa Dr. Mahathir turut memperjuangkan perkauman sempit kerana berselindung di sebalik Perkasa.
“Dr. Mahathir tidak salah dan rasis, malah sejak dahulu lagi beliau konsisten mempertahankan kepentingan Melayu dan kaum lain di negara ini.
“Jasa beliau kepada negara ini serta semua kaum terlalu besar dan langsung tidak terjangkau oleh Azmin, bezanya seperti langit dan bumi,” katanya.**utusan

**Ucak memang bosan betul dengan politik-politik orang malaya ini, samada sempit atau luas. Cuak dan meluat dengan apa yang di perkatakan oleh mereka lansung takkan menyentuh kehendak rakyat negeri kita.
Mengapa mereka tak hairan dengan masyarakat di sarawak sebabnya amat mudah,rakyat sarawak amat senang di gula-gulakan.
Sungguh melucukan apabila kaum Melayu amnya umat islam,mengatakan  mereka hilang kenyakinan terhadap parti-parti yang membela nasib mereka selepas Tun Mahathir tak lagi jadi PM. sebab itulah NGO melayu muncul seperti cendawan lepas PRU 12 yang lalu.
Adakah negeri sarawak amnya rakyat negeri kita sangat bersyukur di bawah payung Barisan Nasional, mengapa "Ucak" cakap camtu sebab terlalu banyaknya NGO melayu sedangkan pemimpin kebanyaknya kaum melayu memperjuangkan nasib mereka. Namun mereka masih wujud mengatakan yang mereka tak mengharapkan parti-parti politik selepas era Tun Mahathir
Ke mana pergi NGO kaum pribumi sarawak, kenapa tak ada lansung NGO di negeri sarawak yang menyuarakan nasib kaum pribumi, kalau ada pun hanya sedikit sahaja dan suara mereka pun tak berapa di indahkan sebab mereka bukanlah NGO yang boleh merobohkan tembok kebal Barisan Nasional di Sarawak.
Seharusnya rakyat s'wak bijak khususnya kaum dayak harus bangkit dari lena di buai mimpi BN  dengan projek yang lansung tak memberi manfaat kepada rakyat.
*Kaum dayak ramai namun kekuatkan kaum amat lemah dalam politik. sebab tu hasil negeri habis ke negeri lain dan CM negeri pulak hanya tahu mengumpul harta untuk keluarga dan keturunan.
Sampai bila perkara ini terus di biarkan.