http://ulikehits.co.uk/ref-1031.html

Ex4Me

Livestreaming

Khamis, 30 September 2010

Kelantan Lawan Sarawak


Kelantan Alih perhatian 20 tahun pentadbiran lemah

Dilaporkan Malaysiakini: Kelantan menyaman Petronas tentang royalti minyak. Bumiyang mempunyai komen menarik:
Ianya tak ubah sepertimana taktik Bung Sukarno "Ganyang Malaysia" (1962-1966), untuk mengalihkan masalah sebenar yang di alami oleh Indonesia ketika itu iaitu masalah ekonomi dan pengangguran yang teruk sebaik tamat peperangan di Timur-timur.
Apa kemajuan yang telah dibawakan oleh Pas sejak 20 tahun pemerintahan mereka?
Bina masjid, 3 buah.
Masalah bekalan air bersih, masih seperti 20 tahun dahulu.
Pembangunan? Adalah projek-projek sumbangan Kerajaan Pusat.
Masalah penagihan dadah di Kelantan, di antara tertinggi di Malaysia walaupun rata-rata penduduk adalah miskin. Nama jolokkannya "Serambi Mekah", tetapi kadar jenayah masih tinggi.
Peluang pekerjaan begitu kurang. Anak-anak negeri terpaksa merantau dan bermaustatin di luar Kelantan untuk mencari peluang pekerjaan.
Duit hasil balak, telah hampir habis...
Cara terbaik agar rakyat Kelantan tidak menyalahkan kerajaan Pas ialah dengan mengalihkan semua kemarahan dan rasa tidak puas-hati rakyaat kepada Kerajaan Pusat dan Petronas!!!
Bila kebencian, amarah dan rasa tidak puas-hati rakyaat dapat ditujukan kepada Kerajaan Pusat dan Petronas, cengkaman Pas di Kelantan akan terus dipertahankan.
Rakyat Kelantan akan bersatu menentang Kerajaan Pusat/Petronas dan akan terlupa masalah utama mereka dan apakah tanggung-jawab Pas kepada mereka.....
Licik juga cara "Tok-tok Guru" ni berpolitik rupanya ya.

**Takde bezanya apa yang berlaku di kelantan dengan negeri Sarawak.
Di bawah kepimpinan ketua menteri Taib Mahmud dalam beberapa perkara,hingga ramai rakyat sarawak merantau serata negeri dan keluar negara.
 Demi mencari rezeki di perantauan untuk mengubah nasib diri dan keluarga kerana kerja yang amat kurang di sarawak,sedangkan harga barangan keperluan lebih mahal dari negeri-negeri di semenanjung.
Sebagai seorang yang membesar di sarawak dan menyadi perantau di semenanjung banyak negeri dan tempat pernah ucak singgah termasuk kelantan.
Ramai juga orang melayu sendiri tak suka cara pentadbiran negeri kelantan terutama sekali orang-orang politik, malah ramai juga menyokong sepenuhnya kepemimpinan " Tok Guru" Nik  Aziz, kerana kepemimpinan beliau lebih kepada agama agar masalah sosial dapat di kurangkan, tapi lawan-lawan politik beliau banyak menekan rakyat agar memilih Barisan Nasional untuk pembangunan.
Di sarawak apa yang kita lihat dan dengar memang mengecewakan,walaupun hampir 30 tahun Barisan Nasional mentadbir kerajaan negeri yang di ketuai Taib Mahmud, masih banyak lagi yang kurang terutama kemudahan asas untuk mereka yang agak jauh sedikit dari bandar.
Rakyat pun ramai yang merantau ke semenanjung dan luar negara terutama sekali ke singapore.
Pertama kali ucak menjejakkan kaki ke tanah semenanjung amat sukar untuk berjumpa dengan rakan sebangsa ucak yang bekerja seperti ucak, kalau ada pun mereka yang bekerja askar dan polis, al-maklumlah ucak pun takde kelulusan apa-apa. Tapi hari ini begitu ramai  yang bekerja seperti ucak terutama sekali di Johor dan negeri-negeri yang lain, tidakkah ini membuktikan negeri Sarawak di bawah pentadbir Barisan Nasional pun,  kurang peluang pekerjaan nya kalau ada pun gaji terlalu "ciput" harga barangaan keperluan mahal.Siapa nak kerja, tauke untung berlipat ganda.
Macam mana nak jadi 1malaysia nilai duit sama, harga barang tak sama.
Pernah sekali ucak kerja dekat dengan pusat pentadbiran kerajaan persekutuan di putrajaya.
Seorang pak guard  bercerita kepada ucak,"sarawak susah ia' kata nya, ucak pun cakap'susah apa pakcik'
Pakcik pernah kerja sarawak dulu taulah, "bini pakcik pun orang sarawak orang Bidayuh", kata nya lagi
Lama pakcik tak pergi sarawak,baru-baru ini  pakcik baliklah kuching jumpa sahabat lama yang kerja macam pakcik dulu, sedihlah tengok dia baju koyak-koyak anak-anak pun macam tak terurus,cerita pak guard tu dengan hati yang sebak lalu menitiskan air mata.
Ucak hanya terus mengdengar apa yang pakcik guard cerita, hingga beliau pun bercerita tentang orang-orang nya sendiri dan kerajaan Barisan Nasional, Apa yang jelas mengenai cerita dia ternyatalah pemimpin yang ada banyak mementingkan poket sendiri dari rakyat, jelas beliau pun kurang gemar cara Barisan Nasional mentadbir kerajaan,walaupun beliau pesara tentera
*Apa pun selama 2 bulan di kelantan suasana amat menyenangkan,hanya mereka yang gemarkan tembok batu, bangunan yang tinggi melangit sahaja, kata kelantan tak maju.