http://ulikehits.co.uk/ref-1031.html

Ex4Me

Livestreaming

Rabu, 29 September 2010

PAS Nak Kemenangan Percuma


 KOTA BAHARU: PAS Pusat menyarankan supaya Barisan Nasional (BN) berkompromi dengan menyerahkan kerusi kepada parti PAS pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas.
Timbalan Setiausaha Agung PAS Pusat Datuk Takiyuddin Hassan berkata langkah itu perlu demi perpaduan Melayu dan mengelakkan pergeseran politik terus berpanjangan antara kedua-dua parti induk orang Melayu itu.
Katanya adalah wajar jika kedua-dua parti itu tidak bertanding pada pilihan raya kecil itu jika ingin melihat perpaduan di kalangan orang Melayu yang menjadi agenda utama negara.
“Bagaimanapun, adalah lebih baik jika kerusi itu diserahkan kepada PAS memandangkan kerusi DUN itu disandang oleh calon daripada parti berkenaan,” katanya kepada pemberita.
Takiyuddin berkata dengan cara demikian juga ia akan dapat menjimatkan perbelanjaan kewangan kedua-dua pihak dalam pilihan raya kecil.**Bernama

***Macam mengalah sahaja PAS nie, tapi apa yang di perkatakan ada juga betul nya dari segi kewangan dan perpaduan bangsa dia orang. Tapi adakah penyokong-penyokong tegar Barisan Nasional nak memberi kemenangan percuma kepada penyokong-penyokong PAS.
Mustahil dan tak mungkin akan berlaku, lagi pun apabila mereka terdengar laungan Reformasi Pakatan Rakyat dan tak mungkin DUN Galas di diami orang melayu sahaja.
Andaikata PAS takde dalam Pakatan Rakyat mungkinlah kerajaan BN nak bertolak ansur memandangkan pilihanraya PRU 13 pun semakin dekat dan pilihanraya DUN Sarawak pun mungkin akan di lakukan bila-bila masa sahaja.Jika di kemenangan percuma, penyokong-penyokong PAS pun pasti akan berkokok memperlekehkan penyokong dan juga pemimpin BN.
Apa pun saya fikir pilihanraya adalah yang terbaik untuk semua.