http://ulikehits.co.uk/ref-1031.html

Ex4Me

Livestreaming

Sabtu, 18 September 2010

Taib Harus Berundur

Ketua menteri sarawak memang patut lama dah berundur tapi di sebabkan sokongan kuat konco-konco nya  beliau terus berkuasa  sehingga ke hari ini.
walaupun rakyat cakap dah bosan dengan dia.. siapa yang berani nak tegur beliau, Perdana menteri pun takut,kalau berani dah lama taib tu berundur, kenapa kuat sangat kuasa taib.
Umum semua tahu negeri sarawak banyak hasil bumi nya, namun masih ketinggalan dari segi pembangunan nya,pelabur pun kurang melabur di negeri sarawak ,yang ada cuma tukang korek hasil bumi negeri untuk membangunan negeri mereka, salah siapa?
Jangan salahkan taib, dia berhak kaya raya dengan kuasa yang anda semua berikan kepada beliau, seperti mana peminpin barisan nasional yang lain, kerana rakyat dah cukup bangga dengan ada nya kemudahan asas seperti letrik, klinik, hospital,sekolah,jalan raya dan bekalan air bersih,
walaupun kebanyakkan daerah-daerah di sarawak masih banyak belum dapat kemudahan asas tersebut,seperti jalan raya,letrik dan bekalan air bersih, dan rakyat tak tahu bahawa kemudahan asas tu semua dah tanggungjawab kerajaan bukan nya projek yang di beri kerajaan.
Kerana duit yang di gunakan untuk projek tu adalah duit rakyat,kesian majority rakyat negeri kita masih tak faham dan tak tahu perkara ini,terutama sekali orang tua yang degil-degil belaka.
Jika rakyat ingin Taib berundur undilah Pakatan Rakyat bukan Barisan Nasional. Pilihanraya negeri dah dekat,jangan tunggu lama lagi. Undi anda menentukan semua nya.