http://ulikehits.co.uk/ref-1031.html

Ex4Me

Livestreaming

Selasa, 28 September 2010

Anwar buat dosa kering burukkan imej negara – TPM

KUALA LUMPUR 28 Sept. – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tindakan penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim memburukkan imej Malaysia di Indonesia merupakan satu dosa kering.Beliau berkata, Anwar bukan seorang pemimpin sejati kerana dia tidak bertanggungjawab terhadap apa yang dikatanya, malah sanggup berkata apa sahaja serta merosakkan imej negara hanya untuk meraih keuntungan politik
katanya ketika diminta mengulas kenyataan Anwar di Jakarta yang menuduh media Malaysia yang menggalakkan persepsi negatif terhadap Indonesia.
Mengenai kenyataan pengasas Virgin Group, Sir Richard Branson bahawa perbicaraan liwat melibatkan Anwar telah menjejaskan reputasi Malaysia, Muhyiddin berkata, Malaysia akan menjadi lebih menarik kepada pelabur jika negara ini tidak dicemari kes seperti itu.
"Memang betullah jika tidak ada kes seperti itu, Malaysia akan jadi lebih menarik. Maka, biarlah mahkamah menentukannya... lebih cepat kes itu diselesaikan, lebih baik bagi kita,” katanya. **Utusan online


*** Apa yang di katakan Timbalan Perdana Menteri mungkin ada juga betul nya.
Memang tak eloklah kita memburukan negara sendiri kepada negara luar, tapi apa yang di katakan Datuk Seri Anwar sebenarnya.
Ternyata lah seluruh dunia meneliti, memerhati kes DSAI.
Kenapa kes ini menjejaskan  reputasi malaysia, mungkinkah kerana DSAI seorang pemimpin, bukan rakyat biasa, Mengapakah kes beliau begitu sukar dan lama untuk di putusankan, tidakkan ini akan membazir duit rakyat. Dan mengapa Sir Richard Branson boleh mengatakan kes Liwat DSAI  menjejaskan reputasi malaysia di mata dunia, sedangkan di negara Barat perkahwinan sesama jenis berlaku dan ada di sesetengah negara ianya di benarkan.
Ramai yang meramalkan dan bagaikan dah tahu keputusan termasuk aku.
Apa pun kita kena tunggu dan lihat samada ramalan kita betul atau tidak..