http://ulikehits.co.uk/ref-1031.html

Ex4Me

Livestreaming

Sabtu, 25 September 2010

Hari Malaysia Pertama cuti umum

Sambutan hari malaysia..sepatutnya di sambut meriah di setiap pelusuk negara seperti sambutan hari merdeka setiap tahun dari dulu lagi...tapi sayang ianya hanya baru di sambut tahun ini, iaitu pertama kali sambutan nya walaupun sudah 50 tahun nama malaysia di tubuhkan,itu pun di sebabkan desakan rakyat terutama sekali dari sarawak dan sabah juga di sokong oleh pihak pembangkang.
Akhirnya kerajaan persekutuan seolah-olah mengalah,dengan desakan rakyat.
Ramai rakyat tertanya-tanya kenapa sambutan hari malaysia tak di sambut dari dulu..seolah-olah ada pihak ingin melupakan terus hari bersejarah itu,adalah tidak wajar perkara ini berlaku.
Apakah ada agenda tersembunyi di sebalik semua ini..dah tentu ada cuma kita ramai biasa sahaja yang tak tau

*****MALAYA HUTANG BORNEO
by Edwin Giri on pada 11hb Ogos 2010 pukul 11.58 ptg
Happy reading...
Malaya hutang Borneo Analisis Haji Julaihi Haji Suut
Cerita kita hari ini: Malaya kantoi. Malaya tipu Borneo . Malaya putar-belit sejarah. Malaya berhutang dengan Borneo . Sasaran cerita ini: Orang Borneo mesti copy-paste dan emailkan kepada sekalian rakyat jelata Malaysia . Tujuan cerita ini: Pembetulan sejarah Malaysia
Pakcik diberi keutamaan oleh The Four Horsemen dari kepulauan Borneo untuk membentangkan kertas kerja berkenaan penubuhan Malaysia tahun 1963 dan perkara-perkara bersabit 1963. Ulasan pakcik hari ini banyak berdasarkan fakta-fakta sejarah yang dipetik dari pelbagai sumber yang dipercayai, termasuk transkrip orang Inggeris di Parlimen British. The Four Horsemen menamakan kertas kerja hari ini 'Aprilfool Malaya'.
Projek APRILFOOL MALAYA (tugasan):
1. The Debate On The Malaysia Bill In The British Parliament 19th July 1963 (Kajian Sarah J. Brooke)2. How Sarawak was conned into the Formation Of Malaysia: Dr Ooi Keat Gin (Kajian James anak Bond)3. Separate but equal by N Shashi Kala and Ooi Ying Nee; Things fall apart By Sim Kwang Yang (Kajian Devil's Advocate)Tugasan-tugasan di atas diserahkan untuk tindakan lanjut pakcik, maksudnya penulisan dan pembentangan dalam bahasa ibunda.
Sebut saja 'sejarah', pasti ada orang naik bosan dah. Maklum saja lah manusia-manusia zaman plastik ni mahukan sesuatu ala tema Maggie Mee 'cepat dimasak sedap dimakan'. Minta maaf, pembentangan kertas kerja hari ini tidak boleh dipercepatkan. Tetapi kita mungkin boleh buat ia sedap didengar.
Lantaran itu pakcik diberi tanggungjawab untuk bercerita. Dua sebab. Pertama, Bahasa Malaysia senang difahami oleh setiap lapisan masyarakat, termasuk orang Penan. 100 peratus orang Malaysia boleh membaca BM, sedikit pengecualian diberi kepada orang Cina dan India . Rugi diaorang lah kalau tak tahu baca. Dah lebih 40 tahun duduk kat Malaysia masih tak faham-faham bahasa Malaysia . Betul ke diaorang ni orang Malaysia ?
Sebab kedua, pakcik Julaihi pandai bercerita - demikian anggukkan datuk-nenek adik-kakak di rumah. Demi mengekalkan minat pembaca, cerita ini ada sedikit mabuk... dari segi pengolahan bahasa. Hentam sana hentam sini, hentam atas belakang. Kasi tangkap syok sikit topik yang boring. Part-part lain kita tak mabuk. Waras sewaras-warasnya. Silakan...
Bahasa Malaysia
Siapa bilang Gadis Melayu tidak menarik, tidak memikat hati? Demikian dendangan Mawi dan Jamal Abdillah. Gadis Melayu memang cun giler. Dia punya lenggok boleh memukau pak Arab. Tetapi Gadis Melayu tak secantik Gadis Malaya. Satu lagi gadis laaaagi cun dari Gadis Melayu dan Gadis Malaya. Kelahiran campuran Sabah-Sarawak, nama sang puteri ialah Gadis Malaysia
Siapa bilang Bahasa Melayu tidak menarik, tidak memikat hati? Demikian pertanyaan Anwar Ibrahim dan Hishamuddin Hussein. Pakcik yang bilang! Pakcik kata Bahasa Melayu memang tak menarik langsung, tak ada kelas, tak sedap, tak ketat, tak nyaman. Ha, lagi engkau!
Sekejap bahasa pengantaraan jadi Bahasa Baku, kejap jadi Bahasa Malaysia, kejap jadi Bahasa Melayu, kejap jadi Bahasa Malaya aper ntah. Lepas tu dia banyak versi. Ada bahasa Kolumpo, ada bahasa Putrajaya, ada bahasa filem cetak rompak. Ada pulak istilah-istilah bahasa Indonesia di-bilang-kan dan di-bisa-kan dalam bahasa Malaysia . Tapi pandai pulak diaorang reject 'membutuhkan'.
Tapi pakcik tak mahu lagi dah berjuang, berbilang, berbisa, atau berbutuh dalam belukar bahasa. Banyak kali dah pakcik tulis bab-bab ni. Pendirian Kementerian Pendidikan masih serupa orang mabuk, kejap ni kejap tu. Diaorang nak aper sebenarnya - bangsa ke bahasa? Kita orang Sabah dan Sarawak , penganut setia BM zaman-berzaman, jadi bengang bila bangsa Melayu sendiri buat murtad pada bahasa dia. Tau tak per.
Kalau ikut-ikut lah kan , kalau digunapakai 20-Point Agreement (Sabah) dan 18-Point Agreement (Sarawak) semasa penubuhan Persekutuan Malaysia 16 September, 1963, bahasa resmi Sabah dan Sarawak ialah Bahasa Inggeris.
POINT 2: "Malay should be the national language of the Federation. English should be an official language of North Borneo for all purposes, State or Federal, without limitation of time."
Habis tu siapa yang pandai-pandai gantikan English dengan BM di sekolah-sekolah kerajaan di Sabah dan Sarawak ? Malaya yang buat, bermula tahun 1979 kalau tak silap pakcik. Lepas tu bila Sabah dan Sarawak dengan sukarela menerima subjek BM dalam bilik darjah, bila ibubapa-ibubapa sanggup berbelanja untuk beli buku sekolah buat anak-anak, Malaya pulak buat macam-macam pada Bahasa Malaysia setiap kali tukar menteri pendidikan - 1983, 1987, 2006, kalau tak silap pakcik.
POINT 15: "The existing educational system of North Borneo should be maintained and for this reason it should be under state control."
Orang Borneo masa tu semua pandai English. Ayahanda pakcik sempat buat Master lagi kat Eropah. Tapi Borneo baik hati pada Malaya . Borneo anggap BM sebagai satu cara Malaysia boleh buat satu identiti, dan Borneo pun melupakan identiti mereka demi identiti nasional.. Demi Malaysia kita orang Borneo sanggup berkorban! Demi negara, ya Allah!
Bila Borneo sudi menerima pendidikan Malaya, jangan lah pulak orang Malaya haru-birukan bahasa kita seMalaysia. Cukup lah tu. Sains dan Matematik bukan orang Melayu yang buat. Kalau molek matapelajaran sains dan matematik diajar dalam bahasa Inggeris, apa salah nyer? Isu-isu nasionalisma tu tak payah dimainkan. Inggeris ker, Arab ker, Cina ker... tak hilang Malaysia kita, tak rugi apa pun kita.
Atau Melayu yang rugi? Begitu ye? Sound lah awal-awal. Cover line di sini ialah bahasa ialah demi bangsa dan bukan integrasi nasional, identiti negara. Begitu ye? BM kena diubahsuai supaya pelajar Malaya senang pandai, pelajar Borneo lambat nak pandai. Begitu ye? Kalau itu perjuangan Malaya, Borneo kena tarik diri.
Untuk tidak terus pening kepala memikirkan isu BM ni dan tanpa perlu menunggu buku teks sekolah diubahsuai sekali lagi, pakcik dan angkatan The Four Horsemen, bermula dari hari ini, saat ini, mengiktiraf hanya satu jenis BM di Malaysia iaitu Bahasa Baku. Lain-lain BM selain dari Bahasa Baku adalah tidak sah, tidak berguna dan kurang-Malaysia lebih-Melayu. Lain-lain BM, seperti bahasa yang pakcik gunakan di sini dianggap bahasa mabuk atau bahasa bohsia atau bahasa blog. Itu pendirian kita.
Agama Islam
Sama kes dengan Bahasa Melayu, agama Islam bukan agama rasmi di kepulauan Borneo . Demikian peruntukan 20-Point Agreement (Sabah) dan 18-Point Agreement ( Sarawak ).
POINT 1: "While there was no objection to Islam being the national religion of Malaysia there should be no State religion in North Borneo, and the provisions relating to Islam in the present Constitution of Malaya should not apply to North Borneo "
Tak payah diulas dengan panjang lebar, nanti ada pihak yang terlebih akal. Hakikatnya ialah Islam atau Kristian atau Hindu atau Buddha, termasuk animisma, adalah OPTIONAL ITEM di Sabah dan Sarawak. Silakan memilih, tapi jangan dipaksa. Jangan gunakan peruntukan undang-undang Islam Malaya ke atas aspek keagamaan di Sabah dan Sarawak . Tunku Abdul Rahman saksi perjanjian kita.
Borneo bela Malaya
Ingat ini baik-baik. Ingat sampai ke anak-cucu. Tak kira apa kata orang Malaya, tak kira apa diaorang tulis dalam buku sejarah sekolah tadika, Malaysia ditubuhkan pada 16hb September, 1963. Satu dunia tahu. Komunis-komunis pun tahu.
Ingat, nama MALAYSIA hanya bertapak dengan rasminya pada tahun 1963, bukan 1957 seperti yang digila-gilakan orang Malaya . Borneo hanya bersetuju untuk meraikan ulangtahun Kemerdekaan Malaysia pada 31 Ogos. Haribulan sahaja, bukan tahun. Seharusnya 31 Ogos, 1963. Tetapi disebabkan beberapa masalah semasa pembentukkan Malaysia ketika itu, tarikh itu dilanjutkan dan Malaysia akhirnya berjaya ditubuhkan pada 16 September, 1963.
Debate on The Malaysia Bill in The British Parliament 19th July 1963: "During September, 1962, the legislative assemblies of (Sabah) and Sarawak adopted resolutions unanimously welcoming in principle the decision to establish Malaysia by 31st August this year (1963)."
Ingat lagi satu perkara. Ingat sampai ke anak-cucu. Sabah dan Sarawak tidak MASUK Malaysia untuk menubuhkan Malaysia ... Sabah dan Sarawak adalah dua bahagian daripada 4 bahagian, termasuk Malaya dan Singapura, yang membentukkan satu negara bernama Malaysia . Sebelum Malaysia , kerajaan-kerajaan Melayu sekitar Gunung Ledang dan Selat Tebrau dikenali sebagai Persekutuan Tanah Melayu atau Malaya sehingga 1963. Bukan Malaya yang buat Malaysia . Kerajaan British yang tentukan nasib jadi ke tak jadi Malaysia .
Debate on The Malaysia Bill in The British Parliament 19th July 1963 (Mr. Sorensen): "I support the Bill because I believe that, on the whole, the majority of the people in the four territories of Singapore, Malaya, Sarawak and (Sabah) want Federation, if not with enthusiasm at least with what I may call prudent wisdom.."
Mr. A. G. Bottomley of Middlesbrough, East: "We are not only having an extension of Malaya . We are, in fact, creating a new (country Malaysia ) ... the other Commonwealth Governments have been consulted and that they will cordially welcome the new (country Malaysia ) into the Commonwealth."
Ingat satu lagi perkara. Ingat sampai ke anak-cucu. Malaya yang sangat beriya-iya memujuk Sabah dan Sarawak untuk buat satu negara dengan Malaya dan Singapura. Borneo endah tak endah, mahu tak mahu, jadi tak jadi, selamba jer. Borneo masa tu ada pilihan. Sama macam Brunei ada pilihan. Dia nak ke tak nak buat negara dengan Malaya , tak boleh paksa.
Malaya kowtim, bagi makan best-best, urut-urut, bawa round kampung wakil-wakil Borneo yang dijemput melawat Semenanjung Tanah Melayu sebelum 1963. Tapi Borneo masih tak suka nama MELAYU RAYA... Borneo pilih MALAYSIA . Ha! Dengar tu. Sabah dan Sarawak yang pilih nama Malaysia . Itu pasal nama Malaysia ada hingga ke hari ini.
POINT 5: " Malaysia " but not "Melayu Raya"
Ingat satu lagi perkara.. Perkara paling penting. Ingat sampai ke anak-cucu. Sabah dan Sarawak menyelamatkan Melayu di Malaya, sehingga hari ini Melayu boleh membesar sebagai UMNO. Sebelum ada Malaysia , Singapura dah dua kali cadangkan Malaya dan Singapura bergabung buat satu negara - pertengahan 50an dan 1959. Tapi Melayu di Malaya takut. Melayu takut! Sebut sekali lagi, Melayu takut! Takut bukan apa. Cina Singapura campur Cina Malaya, tenggelam Melayu.
Malaya hanya berani buat negara dengan Singapura kalau Borneo juga masuk sama. Dengan adanya Melayu-Muslim dan masyarakat pribumi yang ramai di Sabah dan Sarawak, pecahan penduduk Cina dan bukan-Cina di Malaysia jadi seimbang. Bila tahu Cina tak boleh dah pegang Malaya, Singapura keluar Malaysia tahun 1965. Sekaligus Melayu jadi majoriti di Malaysia . Tetapi peranan Borneo dalam politik Malaysia kekal. Kalau bukan kerana Sabah dan Sarawak, orang Cina sudah jadi Perdana Menteri Malaysia pada tahun 1969. Sila rujuk peristiwa berdarah 13 May.
Ha! Lagi Melayu nak sombong kat orang Borneo ? Ha! Cetakkan cerita ini dan baling kat muka diaorang. Bagi UMNO baca puas-puas. Sedar diri tu sikit. Cakap kat dia, diaorang tu sebenarnya penakut. Sebut banyak kali - penakut, penakut, penakut. Dia jadi berani hanya bila Sabah dan Sarawak jadi geng dia. Kalau bukan kerana Sabah dan Sarawak , entah apa jadi dengan nasib Melayu.
Malaya tipu Borneo
Tetapi apa yang Borneo dapat berkat penat-lelah, berani-mati, semangat setiakawan yang kita berikan dengan penuh komitmen dan dedikasi kepada Kerajaan Malaya? Borneo dulu ada pilihan selain dari Malaysia . Borneo pilih Malaysia . Borneo pilih untuk berkongsi minyak, kekayaan hasil semulajadi, aspirasi politik dengan Malaya . Borneo pilih untuk berkongsi nasib, duduk sama rendah berdiri sama tinggi, apa nak jadi jadilah, dengan Malaya .
Andaikata Cina-Cina Singapura melanda Malaya masa itu, pakcik pasti angkatan pemburu kepala dari Kepulauan Borneo akan bangkit membantu Malaya . Borneo pilih Malaya sebagai saudara. Saudara sehidup semati.
Tetapi apa yang saudara kita di Malaya buat pada Borneo ? Lihat lah wahai insan-insan di dunia apa balasan kita menyuap nasi, menyarung baju perisai, memberi keris kepada Malaya . Dia masih tak berani berlawan dengan Singapura hingga ke hari ini. Tetapi dia berani menikam Borneo dari belakang. Saudara kita sendiri mencederakan kita. Saudara kita.
Akan bersambung...
Point 12: "In principle, the indigenous races of North Borneo should enjoy special rights analogous to those enjoyed by Malays in Malaya, but the present Malays' formula in this regard is not necessarily applicable in North Borneo "
Pakcik akur, pakcik sedar, ya pakcik maklum, cerita yang panjang-panjang tidak sesuai dimuatkan kesemuanya di dalam email. Atas kesedaran itu pakcik tidak akan memberi semua penulisan pakcik berkenaan cerita Malaysia di dalam email ini. Babak-babak seterusnya akan diterbitkan di dalam blog. Panjang cerita kita, tapi mudah-mudahan, setakat ini, para pembaca masih terhibur.