http://ulikehits.co.uk/ref-1031.html

Ex4Me

Livestreaming

Khamis, 7 Oktober 2010

Geng Bendera nak Menakluki Borneo Esok

 
 
Tidak perlu gusar ancaman Bendera ‘serang dan takluk’ Sarawak, Sabah

KUCHING: Orang ramai di sini tidak perlu berasa gusar dengan ancaman Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera) yang dilaporkan akan ‘menyerang dan menakluk’ beberapa bandar di Borneo, merangkumi Kuching dan Tawau di Sabah pada 8 Oktober ini.Konsul Indonesia di Sarawak Rafail Walangitan berkata, aktiviti yang digerakkan kumpulan itu tidak diiktiraf oleh kerajaan Indonesia dan justeru, ia tidak menggambarkan tindakan dan perasaan keseluruhan rakyat negara republik berkenaan.

“Kumpulan itu adalah tidak sah dari segi undang-undang Indonesia.

“Demonstrasi yang dijalankan (8 September 2009) adalah tidak sah kerana ia tidak mendapat kebenaran (daripada pihak berkuasa).

“Polis bertindak menangkap ahli-ahli kumpulan ketika mengadakan bantahan dan sekatan jalan raya (di Jakarta). Ini menunjukkan mereka bertindak bercanggah dengan undang-undang,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Sambil menyifatkan Bendera sebagai kumpulan pencetus masalah, beliau berkata polis Indonesia memantau rapi pergerakan ahli-ahlinya dan telah mengenal pasti ketua mereka.

Beliau berkata, sentimen anti Malaysia tidak sepatutnya wujud antara warga dua negara itu memandangkan sudah terjalin hubungan akrab umpama sekeluarga sejak sekian lama.

Laporan sebuah akhbar menyebut pada Khamis ini, kira-kira 300 orang ahli Bendera yang memiliki ilmu kebal akan ‘menyerang dan menakluki’ beberapa bandar di Malaysia, khususnya di Borneo.

Pada Ahad lepas, Timbalan Menteri Dalam Negeri Jelaing Mersat meminta orang ramai agar tidak terlalu risau dengan ancaman Bendera. 
 
**Wow!!..cerita lawakkah cerita betul, andai betul, dah ada persediaankan mereka yang tinggal di sempadan atau di mana-mana sahaja, mana tahukan, negara kita pun senang bolos, sana-sini ada sahaja jalan tikus.
Jangan-jangan geng bendera dah lama masuk dalam negara, al-maklumlah ramai sangat mereka di negara kita. Tak kira di bandar,pekan atau di desa tak termasuk yang bersembunyi dalam hutan yang kita tak ketahui. Bahaya betullah wabak geng Bendera ini. 
Mungkin juga ini hanya cakap-cakap gila dalam dunia sosial internet hari ini, apa pun perlu berhati-hati terutama yang tinggal di sempadan