http://ulikehits.co.uk/ref-1031.html

Ex4Me

Livestreaming

Khamis, 7 Oktober 2010

Pertubuhan haram guna Facebook diberi amaran Oleh Rashidi Karim

JPPM pastikan platform perhubungan internet tidak disalah guna

KANGAR: Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) memberi amaran akan mengambil tindakan mendakwa pertubuhan haram yang berleluasa di internet, termasuk laman sembang popular Facebook. Ketua Pengarahnya, Datuk Md Alias Kalil, berkata pihaknya menyedari ramai individu menggunakan internet seperti Facebook dan blog sebagai platform untuk menjalankan kegiatan mereka, termasuk mewujudkan pelbagai pertubuhan membabitkan orang ramai.
Katanya, mengikut Akta Pertubuhan 1966, jika tujuh individu bergerak sebagai ahli dan menjalankan gerakan menggunakan jenama tertentu di laman sembang Facebook, mereka juga termaktub dalam akta terbabit dan perlu mendaftar.

“Ada menggunakan platform terbabit untuk berniaga atau lebih dikenali perniagaan dalam talian yang boleh mendatangkan masalah kepada orang ramai jika dibiarkan berterusan,” katanya pada majlis taklimat dan penyampaian Sijil Pertubuhan di Rumah Anak Yatim Mak Teh, di sini, semalam.

Md Alias menasihatkan, kumpulan tertentu yang wujud di laman Facebook dan menjalankan kegiatan bagi pihak orang ramai serta membuat kutipan yuran, supaya mendaftar dengan JPPM.

**Apalah mamat ini pertubuhan sosial kat facebook nak kecoh, dah tak ada kerjakah?,hairan-hairan,lainlah kalau pertubuhan itu mengancam keselamatan negara, kalau setakat mengancam karya ahli-ahli politik apa nak hairan, dunia politik memang dah macam itu, sini hentam sana,sana hentam sini.
Semua pun nak di kawal selagi ianya tak menyokong perjuangan mereka yang telah lama boroi perutnya.
pastikanlah pertubuhan atau persatuan anda berdaftar sebelum di bubarkan.
walaupun anda membuat pertubuhan di laman sosial, terutama Facebook.