http://ulikehits.co.uk/ref-1031.html

Ex4Me

Livestreaming

Ahad, 31 Oktober 2010

N45 Galas: 4 Mahasiswa Ditahan Polis

GUA MUSANG: Empat anggota Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) termasuk Pengerusi Majlis Politik Nasional, Syukri Razak pada Sabtu ditahan polis sewaktu mengedarkan risalah di kawasan bandar di sini.
Menurut maklumat awal, Syukri bersama tiga yang lain iaitu Mohd Yusof Hadhari, Mohd Sharuldin dam Mohd Rijalludeen ditahan mengikut Seksyen 15(3) Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).
Keempat-empat mereka dibawa ke Ibu Pejabat Daerah (IPD) Polis Gua Musang bagi membantu siasatan.
Jurucakap GAMIS, Ahmad Shukri Kamarudin ketika dihubungi berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 petang itu, kumpulan berkenaan didatangi anggota polis berpakaian preman dengan mendakwa menerima aduan berhubung aktiviti mereka yang dianggap 'pengacau' di kawasan berkenaan.
"Anggota polis berkenaan mendakwa mereka menerima laporan daripada PAS dan Barisan Nasional (BN) serta penduduk setempat yang tidak senang dengan kehadiran kami di sini.
"Kami diberitahu bahawa pengadu-pengadu berkenaan menganggap kita sebagai 'pengacau' di kawasan ini," katanya.
Bagaimanapun Shukri berkata pihaknya musykil kerana polis tidak mempunyai bidang kuasa untuk menahan mahasiswa menggunakan AUKU.
"Polis tak ada kuasa nak tahan guna AUKU melainkan menerima arahan daripada Timbalan Naib Canselor universiti," katanya.
GAMIS menggerakkan seramai 200 anggotanya di Galas bermula hari ini sempena pilihan raya kecil kawasan berkenaan bagi menerangkan kepada rakyat mengenai beberapa dasar dan tindakan kerajaan.

* Apa kes dan apa tujuan geng-geng ini, ingin menerangkan kepada rakyat mengenai  dasar dan tindakan kerajaan. Apa yang ingin mereka suarakan, adakan apa yang ingin mereka  suarakan mengenai BN atau Pas
Baik untuk kemenangan BN atau Pas.
Adakah mereka berkempen  untuk Pas Atau BN. Apakah yang menyebabkan mereka di anggap pengacau oleh penduduk, Hanya mereka sahaja yang mampu menjawab persoalan tersebut.
Apa-apa pun biarkanlah mereka menyuarakan apa yang ingin mereka suarakan selagi tak mendatangkan sesuatu yang tak baik kepada masyarakat.
Persuruhjaya suruhanjaya hak asasi manusia Malaysia(SUHAKAM) Mohammed Adullah Sha'ani pun begitu cepat berjumpa dan mungkin bertanya sesuatu, apakah motif geng-geng ini di sini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan