http://ulikehits.co.uk/ref-1031.html

Ex4Me

Livestreaming

Isnin, 18 Oktober 2010

Kerajaan Sedang Timbang Hukuman Ke Atas Dua Guru Yang Keluar Kenyataan Berbaur Perkauman

KUALA LUMPUR: Kerajaan kini dalam proses akhir untuk mengambil tindakan terhadap dua guru, masing-masing di Johor dan Kedah yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman Ogos lepas.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata siasatan menyeluruh sedang dilakukan dengan menimbang semua keterangan daripada saksi terlibat agar keputusan yang diambil kelak merupakan satu keputusan yang adil kepada semua pihak.
"Semua pihak harus faham ini adalah kali pertama seorang pegawai kerajaan mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman.
"Jadi makan masa sedikit (untuk siasat dan ambil tindakan)," katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur)yang ingin tahu mengapa kerajaan lambat mengambil tindakan terhadap guru-guru terlibat.
Nazri berkata situasi ketika kejadian juga perlu diambil kira sebelum sesuatu hukuman dijatuhkan, sama ada guru berkenaan benar-benar mempunyai niat menghasut atau berada dalam keadaan marah.
"Paling penting, mereka telah digantung tugas serta-merta bagi membolehkan siasatan dijalankan.
"Siasatan perlu mendalam sebelum mereka boleh disabitkan dengan pertuduhan. Kita tak mahu penyiasatan yang 'flip-flop' akhirnya menyebabkan keputusan yang dibuat tidak memuaskan hati," katanya.
Terdahulu, menjawab soalan Lim Guan Eng (DAP-Bagan) tentang tindakan yang telah diambil terhadap guru-guru itu, Mohamed Nazri berkata guru besar di Kulai, Johor sedang dalam prosiding tatatertib dan ditempatkan di Jabatan Pelajaran Negeri Johor.
"Bagi kes di Bukit Selambau, Sungai Petani pula, guru itu telah diberi amaran oleh Kementerian Pelajaran. Beliau telah memohon maaf secara terbuka dan kini ditempatkan di Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda," katanya.
Sementara itu, menjawab soalan Datuk Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan)tentang adakah kerajaan turut bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Namewee yang mengulangi perbuatan bersifat perkauman, Nazri berkata:
"Kita tetap akan ambil tindakan terhadap Namewee tapi mesti berdasar kepada fakta-fakta yang menyabitkannya. Dia bukan pegawai kerajaan jadi kita tak boleh ambil tindakan terhadapnya sebagai seorang pegawai kerajaan.
"Laporan polis telah dibuat dan kita sedang timbang beberapa undang-undang untuk mengambil tindakan terhadapnya," katanya. *Bernama 

*Semoga semua mereka ini mendapat hukuman yang setimpal, kalo dari segi politik, mereka ini jelas orang yang tak faham tentang politik, Kalau cuba menggunakan isu perkauman, tapi yang jelas kedua-dua guru terbabit mungkin boleh di maafkan memandangkan ini mungkin kesalahan pertama mereka,tspi sebagai kakitangan kerajaan mereka harus tahu dan faham apa tugas mereka.
Jika tak nak orang lain berpandangan salah terhadap kakitangan kerajaan
Tapi bagi 'Ucak kesalah yang di lakukan Namewee, adalah kesalahan yang berulang, dulu lagu negaraku diubah mengikut mahunya,kini Namewee pulak, mencipta lagu sensasi mengenai kesah yang di suarakan seorang guru dengan muridnya. Malah bukan itu sahaja Namewee dengan berani memarahi Perkerja TNB kerana tidak memaklumkan akan ketiadaan bekalan letrik di kawasan perumah tempat beliau tinggal.
Lalu di gubahnya satu lagu untuk TNB yang sememang nya kurang menyenangkan warga TNB.
Persoalan nya mengapa beliau begitu berani melakukan perkara tersebut, apakah keuntungan beliau melakukan itu semua, dan sejauh mana mereka yang bertanggungjawab berani melakukan sesuatu yang akan mampu mengubah minda beliau yang kreatif tak bertempat itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan