http://ulikehits.co.uk/ref-1031.html

Ex4Me

Livestreaming

Sabtu, 16 Oktober 2010

60 Anggota AMK Serah Memorandum Desak Penasihat PKR Letak Jawatan

PETALING JAYA: Kira-kira 60 anggota Angkatan Muda Keadilan (AMK) berkumpul di hadapan ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini bagi mendesak penasihat parti itu Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya segera berundur daripada kepimpinan parti.
Mereka yang mendakwa anggota PKR Pulau Pinang dan Perak, turut menyerahkan Memorandum Taubat kepada petugas Jawatankuasa Pemilihan Pusat parti itu, Rauo Imran untuk diberikan kepada Anwar.
Wakil kumpulan itu, Nur Ilmi Ismail berkata ketua pembangkang tersebut wajar melepaskan jawatannya selepas berlaku pendedahan demi pendedahan mengenai tindak-tanduknya selama ini.
"Kita tidak mahu seorang pemimpin yang hanya sibuk mengendalikan masalah peribadi, kami juga amat berharap Anwar yang juga Penasihat PKR, akan bertaubat bagi menjaga imej parti.
"Kami tidak mahu seorang pemimpin yang menggunakan dan berselindung di sebalik parti untuk mengelak daripada (dikenakan) tindakan undang-undang," katanya ketika ditemui di ibu pejabat PKR, Sabtu.
Beliau juga berkata segelintir pemimpin tertentu dalam parti itu wajar berundur demi menyelamatkan parti yang kini didakwa semakin kucar-kacir.*Bernama 

*Apa yang di suarakan anggota AMK harus  segera di atasi Penasihat PKR, Anwar Ibrahim demi kebaikkan Parti Keadilan Rakyat dan juga Pakatan Rakyat
Kerana tanpa Anwar Ibrahim pun AMK nyakin pejuangan parti tetap teguh dan kuat, tapi ini tak bermakna para penyokong ingin terus melupakan jasa beliau.
Apa yang beliau lakukan selama ini hanya membangkitkan keinginan rakyat untuk menumbangkan kerajaan BN yang telah begitu lama menerajui kerajaan namun hanya menguntungkan golongan tertentu sahaja berbanding rakyat keseluruhannya.
Andaikata beliau memutuskan untuk berundur, siapakah yang layak untuk menjadi Penasihat PKR?.
Dari apa yang kita lihat Zaid Ibrahim adalah seorang yang berpendirian tapi sejauh manakah kesetiaan beliau terhadap PKR, memandangkan beliau pun tak sampai pun setahun dalam PKR.
Bagi 'Ucak, berundur adalah keputusan yang bijak. Demi Parti dan penyokong yang sentiasa menyokong walau apa pun jua keputusan makhamah nanti.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan