Cadangan melantik Ku Li sebagai calon Galas adalah satu perkara yang boleh dianggap gila. Seorang yang pernah menawarkan diri untuk bertanding Presiden UMNO, yang dikira bertaraf "Perdana Menteri" secara tiba-tiba dicadangkan agar diletakkan sebagai calon di Dewan Undangan Negeri (DUN) di Galas. Ini sudah pasti menjadi tanda tanya banyak pihak yang sudah masak dan kenal siapa itu Ku Li. Sudah pastinya mereka beranggapan ada sesuatu yang tidak kena dengan UMNO hingga ada suara mencadang pencalonan Ku Li (Muhyidin) dan ada suara yang menyokongnya sebagai calon di situ.(Pemuda Gua Musang).
Bagi penyokong UMNO yang masih budak-budak dan tidak reti, mereka menganggap PAS takut dengan pencalonan Ku Li ini. Walhal bukan ini persoalannya. PAS di Kelantan tetap akan utuh sama ada menang atau kalah di DUN Galas. Satu kerusi DUN tidak memberi apa-apa kesan kepada pentadbiran PAS Kelantan. Malah, jika katakan calon UMNO Galas itu adalah Ku Li sekalipun, dan akhirnya Ku Li menang, maka boleh jadi juga Ku Li akan membantu PAS Kelantan mendapatkan hak dalam tuntutan royalti minyak. Sudah pasti ia akan menguntungkan PAS Kelantan jua akhirnya. Jadi persoalan takut itu tidak timbul langsung. Jadi telahan mengatakan PAS takut, adalah satu telahan yang tidak masuk akal dan bodoh semata-mata.
Persoalan sebenar di sini adalah maruah Ku Li itu sendiri. Maruahnya diperkotak-katikkan sebagai veteran berpengalaman di dalam UMNO. Veteran yang boleh kita anggap "UMNO dan Ku Li itu sendiri sudah sebati". Menteri Besar Kelantan juga berpandangan cadangan pelantikan Ku Li sebagai calon di DUN Galas adalah merendahkan darjat Tengku Razaleigh yang tidak layak sama sekali bagi seorang pemimpin veteran itu bertanding di peringkat DUN.
Mana mungkin Ku Li yang berketurunan raja dan (pernah) jadi Menteri Kewangan tiba-tiba nak letak di DUN. Mana mungkin seorang yang sudah masak dan biasa turun naik Parlimen secara tiba-tiba dicalonkan dan diturunkan ke DUN.
**Bagi "Ucak,apa pun pandangan dan pendapat orang lain Ku Li tetap Ku Li.
Yang kononnya lantang menyuarakan hak rakyat seperti isu royaliti minyak di kelantan, walaupun beliau adalah geng UMNO, akan di jadikan beliau sebagai modal untuk memenangi hati rakyat di DUN Galas.
Seperti yang umum ketahui PAS pun cuma menang beratus undi sahaja ke atas colan BN pada pilihanraya yang lalu dan tak mustahil BN boleh menang dengan meletakkan Ku Li sebagai colan.
Pendapat Ucak,jika rakyat DUN galas memang bijak mereka boleh terus menyokong PAS memandangkan Ku Li pun banyak menyokong pejuangan PAS terutama sekali royaliti minyak.
Apakah kerjaya politik Ku Li makin menjunam dari seorang menteri kewangan dan ingin menjadi presiden Umno dan amnya nak jadi PM malaysia tak kesampaian,
AL-maklumlah parti UMNO ini pun hanya anak-beranak juga yang boleh berjaya dan di angkat jadi presiden UMNO dan jadi PM.