http://ulikehits.co.uk/ref-1031.html

Ex4Me

Livestreaming

Selasa, 19 Oktober 2010

Jangan ghairah nak tukar kerajaan: Dr M



Janji manis pembangkang tipu daya tamakkan kuasa

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan rakyat supaya tidak mudah menukar kerajaan setiap kali pilihan raya umum kerana pertukaran tampuk kepemimpinan tidak menjanjikan perubahan ketara dalam pembangunan negara. Sebaliknya, beliau berkata banyak perkara tidak mampu diubah, sekali gus kekal pada kedudukan asal walaupun pentadbiran negara diambil alih oleh kerajaan pembangkang. “Jangan fikir dengan menukar kerajaan melalui perubahan rejim, banyak perkara akan berubah sedangkan ia tidak berlaku.

“Kita sentiasa memikirkan perubahan yang bakal dilakukan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama tetapi sampai sekarang susah untuk dia membawa perubahan,” katanya ketika menyampaikan ucaptama pada forum antarabangsa bertajuk ‘Pembentukan Masyarakat Global, Liberalisasi Media dan Realiti Politik Baru’ sempena Perhimpunan Agung Umno kali ke-61, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, semalam.

Forum dua hari berakhir hari ini menghimpunkan pemimpin 20 parti daripada 19 negara.

Dr Mahathir berkata, keadaan itu berlaku kerana agak sukar untuk menunaikan janji yang terdapat dalam manifesto pilihan raya, sekali gus sukar untuk kerajaan baru melaksanakan perubahan.
“Bagaimanapun, jika anda bertanding dalam pilihan raya, anda perlu membuat janji terutama jika anda bukan calon yang dijangka untuk menang.

“Jika anda rasakan anda akan menjadi kerajaan akan datang, anda perlu berhati-hati dengan setiap janji yang dibuat... itulah demokrasi, bukan perkara yang sempurna,” katanya.

Sementara itu, pada sidang media, Dr Mahathir menyifatkan keputusan kerajaan membelanjakan RM5 bilion membangunkan bangunan Warisan Merdeka 100 tingkat mampu merangsang ekonomi dengan mewujudkan banyak peluang pekerjaan dan perniagaan kepada rakyat.

Beliau berkata, kerajaan mempunyai alasan kukuh untuk melaksanakan projek pembangunan bersepadu itu yang mampu memberikan pulangan pada masa depan.

"Saya rasa kerajaan fikir ia (Warisan Merdeka) perlu, jadi kemungkinan ada alasan untuk itu tetapi apa yang menariknya ialah bila kerajaan membelanjakan wang, kerajaan mewujudkan peluang pekerjaan dan peluang perniagaan. "Saya tidak tahu sama ada bangunan itu sepatutnya 100 tingkat atau sebaliknya, tetapi membelanjakan wang adalah bagus," katanya.

Ditanya mengenai penilaiannya terhadap pentadbiran Najib sebagai Perdana Menteri keenam, Dr Mahathir berkata Najib berdepan dengan tempoh yang sukar dalam pentadbiran.

"Beliau mewarisi kerajaan teruk dan beliau berusaha untuk menjadi yang lebih baik berbanding nombor lima (Perdana Menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi)... nombor lima langsung tidak kompeten dan tegas.

"Najib berusaha untuk memperbetulkannya dan beliau berdepan dengan keadaan yang sukar, kadang-kadang beliau ada idea yang baik, kadang-kadang ideanya tidak begitu baik... banyak lagi perkara yang perlu dilakukannya," katanya.

**Rakyat bukan ghairah nak menukar kerajaan tapi rakyat nak bagi orang lain pulak jadi pemimpin tertinggi negara asyik muka BN aje, Rakyat pun mungkin mula bosan dengan janji-janji BN dan nak melihat sejauh mana pulak pembangkang boleh menunaikan janji mereka, dah terlalu lama BN menerajui negara tapi masih banyak lagi kemudahan asas rakyat tak di penuhi, sedangkan keluarga pemimpin dalam BN makin hari makin masyukkk...


Adalah tak wajar membandingkan apa yang bakal dilakukan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama dengan situasi di negara kita.Tapi ini tak bermakna negara teruk cuma pemimpin kita selalu taksub dengan perkara yang sama setiap tahun iaitu memenuhi kemahuan orang yang sama sepanjang tahun berbanding apa yang rakyat nak untuk mereka tetap masih gagal di laksanakan sepenuhnya.
'Ucak, fikir ramai orang ingat bila Barack Obama,Presiden kulit hitam pertama AS. maka mereka fikir Beliau boleh merubah apa yang di tinggalkan Presiden terdahulu ke arah lebih baik untuk dunia. Terutama masalah Palestin dan Israel, Hanya kerana warna kulit beliau orang ingat dia boleh melakukan nya.


Sehingga mereka lupa siapakah Setiausaha Agung  PBB  Ban Ki-Moon dari mana dan keturunan mana? Apa yang mampu beliau lakukan,memanglah beliau banyak melakukan apa yang sepatutnya beliau lakukan, tapi ianya masih jauh dari apa yang seluruh dunia harapkan.
Lawak yang di suarakan Dr M mengenai projek warisan merdeka, kerajaan membelanjakan wang mewujudkan peluang perkerjaan dan perniagaan, memanglah tapi untuk warga asing lah yang lebih banyak jika di bandingkan dengan rakyat sendiri,dan yang di maksudkan membelanjakan wang itu bagus, semacam aje... tapi kalau wang di belanja untuk kemudahan asas  rakyat mungkinlah ianya bagus.
Berbanding dengan projek mega sepanjang tahun yang hanya menguntungkan orang tertentu sahaja.
Lagi-lagi Pak Lah kena, bukankah Beliau sendiri yang mencadangkan Pak Lah kepada semua, apakah beliau terlalu kecewa projek jambatan bengkok tak di teruskan, ketika era Pak Lah.
Apa jua andaian, hanya Pak Lah dan DR M sendiri tahu jawapannya.       

Tiada ulasan:

Catat Ulasan