Bahang pilihan raya negeri ke-10 itu semakin dirasai apabila Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, Sabtu lalu mengumumkan kesediaannya untuk terus memimpin Barisan Nasional (BN) Sarawak dan kerajaan negeri.
Taib, 74, membuat pengumuman tersebut ketika berucap di hadapan lebih 7,000 rakyat termasuk menteri kabinet negeri, penyokong BN dan ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menyambut ketibaan beliau dari percutian di luar negara di hangar Hornbill Skyways di Kuching.
Setiausaha Agung BN Sarawak, Datuk Dr Stephen Rundi Utom dalam temubual berkata, kesemua jentera pilihan raya BN sudah cukup bersedia dengan kursus dan latihan berkaitan dengan pilihan raya sudah disempurnakan.
"Gelombang pertama jerayawara sudah bermula dan kami akan meneruskannya sehingga pilihan raya diumumkan. Kami sudah bersedia pada bila-bila masa apabila Pehin Seri (Taib) mahu mengadakan pilihan raya," katanya.
Sejak kembali dari percutian singkat itu, Taib sedang menjelajah seluruh negeri itu secara aktif, hampir setiap hari di mana orang dalaman parti berkata, ianya sebahagian daripada program jerayawara bersama rakyat menerusi pelbagai acara.
Dari segi agihan kerusi, Rundi berkata, kepimpinan BN kemungkinan akan mengekalkan formula sebelum ini; Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) 35, Parti Rakyat Bersatu sarawak (SUPP), 19, Parti Rakyat Sarawak (PRS), 9, dan lapan kerusi untuk Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP).
Pada pilihan raya negeri 2006, PBB memenangi kesemua 35 kerusi yang ditandinginya, SUPP (11), lapan kerusi masing-masing oleh PRS dan SPDP manakala selebihnya dari 71 kerusi yang dipertandingkan itu dimenangi oleh pembangkang.
"Saya percaya kita boleh mengekalkan majoriti dua pertiga. Bagaimanapun, kita perlu bekerja keras di kawasan-kawasan tertentu," katanya.
Sudah ada keyakinan berasas bahawa pilihan raya negeri semakin dekat di mana sehingga hari ini, tidak ada sebarang pembayang mengenai jadual persidangan DUN pada November ini.
Ia mendorong beberapa pemimpin pembangkang di negeri itu percaya bahawa pilihan raya semakin dekat dan mungkin diadakan seawal bulan depan.
"Pilihan raya sudah tiba. Besar kemungkinan pada Oktober atau November ini," kata pengerusi DAP Sarawak, Wong Ho Leng.
"Tanda-tandanya semakin panas sejak kebelakangan ini. Di mana saja anda pergi, rakyat sudah berbincang mengenainya dan nampaknya sudah hampir dekat, kemungkinan menjelang November ini," kata Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak, Baru Bian. Walaupun UMNO tidak bertapak di Sarawak tetapi perhimpunan UMNO dari 19 hingga 24 Oktober ini akan menjadi perhatian semua pihak sebelum konvensyen BN pada 28 November ini.
Oleh itu, beberapa pemerhati politik percaya pembubaran DUN Sarawak hanya berlaku menjelang akhir bulan ini dan pilihan raya diadakan sebelum Aidiladha yang jatuh pada 17 November ini. Bagaimanapun, ada pihak lain berkata ianya adakan diadakan selepas Aidiladha kerana 218 bahagian PKR dijadual mengadakan pemilihan terus pemimpin kebangsaan parti itu pada hujung minggu iaitu dari 29 Oktober hingga 21 November serta persidangan Parlimen akan membataskan pergerakan pemimpin mereka itu.
Tetapi, Naib Presiden PKR, Azmin Ali sebelum ini berkata, pemilihan terus parti itu tidak akan ditangguh walaupun jika persidangan DUN Sarawak dibubarkan ketika itu.
Bagaimanapun, ada sebilangan ahli politik yang percaya pilihan raya negeri itu akan hanya diadakan selepas 26 Mac 2011; iaitu genap 30 tahun selepas Taib menjadi Ketua Menteri Sarawak. Beberapa rakyat Sarawak, bagaimanapun, sedang memerhatikan janggut Taib kerana mereka percaya tarikh pilihan raya akan ditentukan dengan beberapa panjangnya janggut pemimpin itu.
Mereka berkata, Taib akan mencari ilham untuk menentukan tarikh pilihan raya menerusi panjangnya janggut beliau. Beliau masih dilihat dengan janggutnya yang dirapikan.
Ada juga mereka yang percaya bahawa angka sembilan adalah nombor istimewa bagi Taib tetapi sehingga ini ketua menteri paling lama di negara ini hanya memberitahu pemberita bahawa pilihan raya negeri akan jatuh pada Sabtu.**Berita harian
**Tidak ada sesiapa boleh menjawab teka-teki berhubung tarikh pilihan raya negeri itu sehingga DUN Sarawak dibubarkan.Jika andaian pemerhati politik menyadi kenyata, mungkinkah kelebihan masih milik BN. apa pun yang di perkataan yang jelas ternyata Taib seorang yang mementingkan PPB iaitu Parti yang di naungi beliau berbanding parti-parti lain terutama sekali 2 Parti sekutunya yang di katakan mewakili kaum dayak menggantikan Parti PBDS.
Apa yang nyata kedua-dua parti itu tak mampu menyuarakan suara rakyat yang menyokong mereka, dan mereka sendiri pun tak tau apa kemahuan rakyat.
Dayak pun dah hilang cengkamannya di bumi sendiri, apa yang mereka perjuangkan hanyalah isu perkauman.
Bagi "Ucak" perkuaman memang kurang atau tak ada lansung di sarawak, sebab kita boleh lihat sendiri rata-rata rakyat sarawak, sentiasa bergaul dengan siapa sahaja sahabat mereka.
*Kalau perkara ini berterusan tak mustahil rakyat ramai yang majoriti akan merempat di tanah sendiri