http://ulikehits.co.uk/ref-1031.html

Ex4Me

Livestreaming

Ahad, 10 Oktober 2010

Dompok: Status Sabah, Sarawak tak sama


Sabah dan Sarawak tidak boleh dilihat dalam konteks yang sama dengan negeri-negeri di Semenanjung kerana kedua-dua negeri itu bergabung dengan Malaya untuk membentuk Malaysia, kata Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) Tan Sri Bernard Dompok. "Saya rasa semangat perjanjian itu dicerminkan hari ini menerusi pentadbiran kerajaan Sabah dan Sarawak yang mempunyai kabinet masing-masing," katanya kepada pemberita
Dompok yang juga Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi diminta mengulas isu yang dibangkitkan pensyarah Universiti Utara Malaysia Prof Dr Ranjit Singh semasa seminar mengenai polisi awam di sini
Pensyarah di Kolej Perundangan, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa itu dalam kertas kerjanya bertajuk "Politik dan Polisi Sabah dan Hubungan Persekutuan-Negeri 1963-1995", berkata Sabah dan Sarawak tidak boleh mendakwa Malaysia adalah perkongsian sama rata di antara tiga anggota.Dompok berkata apabila Sabah dan Sarawak menyertai pembentukan Malaysia, peruntukan tertentu telah dibuat bagi memastikan hak kedua-dua negeri Borneo itu terpelihara dan terjaga, termasuk sistem pentadbiran dan kuasa ke atas isu-isu berkaitan imigresen.

Sementara itu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Masidi Manjun berkata faktor sejarah telah memberi asas kepada Sabah untuk menikmati kuasa autonomi tertentu berbanding negeri-negeri di Semenanjung.

"Dr Ranjit mengeluarkan pandangan daripada segi akademik," katanya.
"Cabaran di sini bukan saja untuk memahami keunikan di Semenanjung Malaysia tetapi juga untuk masyarakat Semenanjung termasuk pembuat-pembuat keputusan memahami sistem kita (Sabah dan Sarawak)," katanya.

Dengan kata lain kata Masidi, tidak wujud satu polisi yang boleh digunapakai oleh semua.

"Polisi mesti dibuat mengikut keperluan di Sabah dan Sarawak," katanya.

**Kenapa berita-berita macam ini jarang-jarang di sensasikan oleh media, malah penulis blog pun malas nak layan berita macam ini terutama blogger dari semenanjung,dan mengapa pemimpin kita tak nak membentuk kerajaan secara autonomi, mungkinkah mereka nak tunggu hasil negeri dah habis di korek keluar baru nak mula, sedangkan mereka lansung tak membawa masuk pelabur luar untuk melabur bagi meningkatkan pendapatan rakyat dan menyediakan kemudahan asas dengan lebih baik lagi.
Apa yang kita dapat lihat Taib mampu ngubah semua ini, tapi mungkinkah beliau takut kehilangan kuasanya tanpa sokongan konco-konco beliau dari semenanjung, kalau itu yang beliau takutkan, kenapa pulak pemimpin suku kaum lain tak melakukankannya terutama pemimpin suku dayak yang majoriti nya penduduk di negeri Sarawak. Apakah mereka sudah cukup selesai dengan apa yang mereka miliki hari ini tanpa menghiraukan kehendak rakyat.
Bagi 'Ucak,mereka,pemimpin kaum dayak dah tentu  cukup selesai dengan pendapatan mereka, tapi sedarkan mereka dengan memajukan sahaja keturunan mereka, Tak akan ke mana, melainkan hanya kesenangan sementara, kerana tanpa sokong bangsa mereka juga akan hilang kuasanya suatu hari nanti atau menunggu masa sahaja negeri kita pun mungkin dah nak habis hasil nya