Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata usaha kerajaan sejak lebih 50 tahun lalu memperjuang nasib masyarakat luar bandar tidak akan dihentikan, sebaliknya terus diberi tumpuan istimewa kerana ia masih lagi sinonim dengan masalah kemiskinan. “Kita katakan ini sebab niat baik kerajaan membantu masyarakat luar bandar disalahfahamkan pihak tertentu termasuk pemimpin pembangkang yang tidak mengingati dan mengenali sejarah.
Katanya, langkah terbaru FELCRA membangunkan kawasan perumahan untuk generasi kedua peneroka pula dapat memastikan berlaku kesinambungan pemilikan dan kekal bersama agensi berkenaan meneruskan tugasan yang belum selesai.
“Usaha meneruskan kesinambungan pembangunan luar bandar adalah selaras wawasan kerajaan untuk menjadi negara maju dan meningkatkan pendapatan perkapita rakyat daripada AS7,000 kepada AS15,000 setahun seiring dengan kemajuan negara,” katanya.
**Ucak berpendapat apa yang di katakan pihak pembangkang,di suarakan semula oleh Muhyiddin Yassin itu memang berasas, Felcra ini tidak lebih kepada mengambil tanah rakyat secara senyap sebelum di majukan untuk projek yang lebih meguntungkan felcra sendiri.
Memula tanah koko,lada, getah dan sebagainya,di tanah rakyat yang di kelilingi tanah kerajaan.Lalu di bayarlah pampas untuk rakyat yang ada tanah yang terkena projek dia orang.
Yang tak ada tanah pulak di janjikan rakyat bekerja menanam untuk diri sendiri, cukup tempoh hasil dan tanah rakyat yang punya.
Tapi betulkan perkata ini berlaku, "Ucak, ada pengalaman tersendiri, kampung Ucak dulu ada tanam lada yang di terajui Lembaga Kemajuan Tanah Sarawak dan RASCOM. gaji amat murah ketika itu. Namun ramai anak muda orang tua yang boleh bekerja terus bekerja walaupun gaji tak seberapa, kerja pun tak sepanjang hari dan mungkin juga harga barangan keperluan masih murah ketika itu atau peluang pekerjaan amat terhad di bandar-bandar yang berhampiran.
Berbalik kepada Felcra kampung Ucak dulu pun ada Felcra tanam koko. sekarang apa dah jadi, koko jadi lalang adalah, dulu di janjikan sebuah rumah panjang di beri berhektar untuk di majukan hasil dan tanah di bagi setiap keluarga, sekarang apa ada.
Sekarang tanam sawit, yang bekerja Indon pulak, orang kampung nak kerja pun susah kena pilih.Tak tahulah Ucak sama Felcra yang tanam sawit atau salcra atau yang lain-lain,malas nak tanya orang kampung pasal projek-projek tanaman ini, sebab hasil tak nampak.
Kononnya dah 50 tahun memperjuangkan nasib rakyat luar bandar yang sinonim dengan kemiskinan, sesuatu yang melucukan dapat kita dengar dan lihat,cakap tak ke mana, berbalik pun kemiskinan terutama luar bandar.Jadi apa yang mereka lakukan untuk rakyat negeri sarawak yang rata-ratanya tinggal di luar bandar dan mempunyai kawasan pendalaman yang terbanyak di negara kita selain dari Sabah. selama 47 tahun yang lalu. Dan selalu selalu sahaja bersuara Negeri Sarawak pesat membangun.
Betulkan negeri Sarawak pesat membangun, bekalan air bersih, dan letrik pun rakyat masih banyak lagi belum dapat belum lagi jalan raya yang sememangnya hak kerajaan untuk membuat itu semua.
Siapa yang patut di salahkan kerajaan BN dan Malaya atau BN yang di ketuai Taib Mahmud.
Bagi Ucak orang yang patut di salahkan adalah Taib Mahmud kerana gagal membawa masuk pelabur yang boleh melabur untuk perkara yang di perlukan rakyat. kepada penyokong BN.