http://ulikehits.co.uk/ref-1031.html

Ex4Me

Livestreaming

Jumaat, 1 Oktober 2010

KDN Teliti Untuk Dakwa 10 Anggota Polis Terlibat Curi 40Kg Dadah - Hishammuddin

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang meneliti kes salah laku 10 anggota polis berhubung kes rampasan dadah seberat 753,539 kilogram bernilai RM254 juta di dalam sebuah lori di Rompin, Pahang, Mei tahun lepas, untuk didakwa mengikut Kanun Kesesakan.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata beliau bersetuju dengan cadangan Majlis Peguam Negara supaya kes itu didakwa di bawah Kanun Keseksaan.
"Ketua Polis Negara (Tan Sri Ismail Omar) pun telah membuat kenyataan tegas untuk menyiasat kes itu secara menyeluruh. Ketua Polis Pahang, Datuk Robiah Abdul Ghani juga sedang menunggu keputusan penolong pendakwa raya," katanya kepada pemberita pada majlis Aidilfitri kementerian itu di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini hari ini.
Hishammuddin berkata perkara ini perlu dipandang serius dan tidak boleh dibiarkan berterusan kerana jelas ia boleh menjejaskan integriti dan imej Polis Diraja Malaysia (PDRM) di mata masyarakat, yang pastinya mengharapkan ketelusan dalam setiap siasatan.
"Perlu sesuatu tindakan diambil, walaupun terhadap pegawai kita sendiri. Ini penting. Kita mahu rakyat yakin, bukan sahaja dengan kemampuan PDRM tetapi juga dapat lihat mereka yang mungkin segelintir, yang tidak jalankan tanggungjawab mereka juga diambil tindakan tegas," katanya.
Hishammuddin mengulas kes seorang pemandu lori, Lee Yong Toe, 48, yang telah dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuantan semalam atas tuduhan mengedar dadah yang bernilai RM254 juta.
Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Akhtar Tahir semasa menjatuhkan hukuman tersebut pada Rabu lepas turut berkata mahkamah dimaklumkan terdapat laporan bahawa beberapa anggota polis mengaku mencuri dadah dirampas yang dianggarkan seberat 40 kilogram daripada dadah yang dirampas itu.
Akhtar juga berpendapat anggota polis yang bersubahat menyediakan laporan polis, dan mereka yang melakukan salah laku itu perlu dikenakan hukuman berat daripada hukuman yang dijatuhkan ke atas mereka oleh PDRM, iaitu hanya dikenakan tindakan tahan kenaikan pangkat dan pergerakan gaji.
Hishammuddin turut mengingatkan orang ramai agar tidak mengaitkan isu kes berprofil tinggi yang berlaku di dalam negara ini dengan perkauman kerana ia boleh memecahbelahkan agama, bangsa dan negara.
Menyentuh mengenai kes jenayah berprofil tinggi seperti kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya, dan "Namewee yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah dalam posting di You Tube," Hishammuddin berkata: "jangan dipolemik sesuatu yang boleh pecah-belahkan kita."
"Tak boleh kata dimonopoli orang Melayu, Cina dan agama-agama tertentu. Dalam hal sebegitu rupa, jangan kita polemikkan sesuatu yang boleh pecah belahkan kita.
"Dalam kes berprofil tinggi ini juga, kita cepat dalam tindakan, kita lakukannya secara profesional, (seperti) yang rakyat mahu, dan kita mahu ia disiasat tanpa rasa takut dan pilih kasih, secara efisien, profesional dan adil," katanya.

**40kg bukan angka yang sedikit tu, nak jualkah, apa ini. Bahaya betullah kalau dijual.
Tak akanlah bulan-bulan gaji masuk masih tak cukup, harap-harap bukan dia orang yang ambil barang tu,
Bagi "Ucak" kes pembunuhan  Datuk Sosilawati dan rakan-rakannya memang jelas bukan perkauman.
Tapi lebih kepada pembunuh bersiri dan mungkin mereka adalah geng kongsi gelap,jika terbukti suspek adalah pembunuhnya, apa pun kita tunggu dan lihat keputusan mahkamah.
Apa yang agak melucukan adalah "Namewee" memang tak serik dan seolah-olah kebal pulak, entah apa yang dia nak, mungkinkah ada orang meyokong dia dari belakang, kalau dia seorang mustahil dia berani melakukan nya,kerana ini bukanlah kali pertama beliau melakukan perkara yang boleh menyingung perasaan orang lain, baru-baru ini beliau memaki hamun TNB.

*Lihat youtube ini