http://ulikehits.co.uk/ref-1031.html

Ex4Me

Livestreaming

Ahad, 17 Oktober 2010

BN perlu beritahu jasa, budi - Najib

KUALA LUMPUR 17 Okt. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sudah sampai masanya Barisan Nasional (BN) memberitahu rakyat akan jasa dan budi yang dilakukan parti pemerintah itu selama ini untuk mensejahterakan kehidupan mereka.

Perdana Menteri berkata, kerajaan BN tidak banyak mengembar gemburkan apa yang dilakukan untuk rakyat berbanding parti pembangkang, walaupun mereka hanya membuat sedikit sahaja untuk rakyat.

"Kita buat banyak tapi tak riuh rendah. Mereka buat sedikit tapi riuh sekampung. Kita buat bangunan tak gembar gembur...kita buat setinggi gunung...(tapi kadang kadang) orang tak hargai," katanya di sini hari ini.

Najib berkata, walaupun kerajaan memberikan pengecualian pembayaran bil eletrik bagi pengguna yang bil eletriknya berjumlah RM20 ke bawah kepada lebih kurang sejuta isi rumah di seluruh negara tetapi tidak mengembar gemburkannya seperti sebuah negeri di bawah Pakatan Rakyat yang memberikan air percuma bagi setiap penggunaan 20 meter padu ke bawah.*Bernama

*Bagi 'Ucak, apa yang di suarakan Datuk Sri Najib mengenai jasa dan budi BN, macam cakap ketua kampung sahaja, sungguh melucukan apabila seorang PM menyuarakan sesuatu yang jelas boleh membuat orang yang faham apa sebenarnya politik, akan ketawa terbahak-bahak kerana menyifatkan kenyataan beliau macam politik ketua kampung menyakini orang-orang kampung yang agak dungu mengenai politik.

Ucak, pun nak tau juga apa jasa dan budi BN pada rakyat, terutama mereka yang tinggal di pedalaman, membuat sekolah,klinik,jalanraya yang tak berturap tar,itukah yang di katakan jasa dan budi BN.
Kalau itu yang di maksudkan beliau sebagai jasa dan budi BN, Ucak ingin pakat gelak ketawa beramai-ramai dengan para pembaca blog ucak, sedarkan beliau dari mana sumber dan peruntukkan untuk membuat itu semua adalah dari duit rakyat yang di uruskan kerajaan.


Sudah menjadi tanggungjawab kerajaan membuat kemudahan asas untuk rakyat, mana-mana kerajaan di dunia pun akan membuat kemudahan asas untuk rakyat dan berusaha membantu meningkatkan sumber ekonomi  rakyat dan negara.

Memang  kelakar gila, bila  PM cakap buat bangunan namun tak di gembar-gemburkan,tapi masa pecah tanah dan perasmian nak buat bangunan yang mendapat liputan meluas pihak media itu buka kira di gembar gemburkan kah.


Ucak, nak tau juga apa manfaat dan feadah bangunan yang di buat kerajaan kepada rakyat.                   Setahu 'Ucak,projek bangunan ini hanya menguntungkan mamat indon adalah, selain dari konco-konco yang dapat projek tersebut, kebanyakkan rakyat asing melancong bukannya nak tengok bangunan tinggi-tinggi di negara kita tapi kerana negara masih ada lagi  hutan hijau.

Ucak, pun tak nampak impak pemberian pengecualian bayaran bil letrik RM 20 kepada rakyat, kerana rata-rata rakyat yang tinggal berdekatan bandar, memiliki peti sejuk,kipas,tv dan barangan letrik yang ternyata agak sukar untuk mencapai kadar meter letrik kurang dari Rm 20 sebulan.
Yang jelas di di pedalaman memang ramai lagi yang tak dapat kemudahan letrik.Sedangkan pedalaman lebih banyak lagi dari bandar mahu pun pekan di negara kita. 


Jika penghantaran guru dari negeri tertentu ke pedalaman di anggap sebagai jasa dan budi BN  kerana mendidik anak bangsa menjadi orang yang berjaya, itu hanyalah macam cerita lawak yang biasa kita dengar.
Guru yang mengajar di pedalaman pun merasa sukarnya kehidupan,malah ada yang mengatakan mereka tak bersedia untuk mengajar di pedalaman, apakah mereka takut dengan nyamuk atau macam-macam lagi perkara lain yang ada di pedalaman. 

Ucak, tak fikir mereka takut akan nyamuk tapi mereka telah pun mengharungi perubahan yang mendadak yang mereka mungkin tak pernah alami selama ini, seperti bekalan letrik yang terhad dan penginapan pun mungkin sahaja dari papan yang begitu mudah di sahaja di pecah masuk, al-maklum sahajalah, ada segelintir orang yang masih fikiran negatif  terhadap puak-puak yang ada di pedalaman, alahai... orang kampung pun sama juga kalau mereka berhijrah ke bandar.

*Jadi Apakah Jasa dan Budi BN



Tiada ulasan:

Catat Ulasan