http://ulikehits.co.uk/ref-1031.html

Ex4Me

Livestreaming

Rabu, 6 Oktober 2010

1Malaysia:Rumah untuk miskin tegar

BAGI kebanyakan rakyat Malaysia sebuah rumah dengan kemudahan asas merupakan tempat bernaung yang cukup untuk seluruh keluarga. Apa sahaja yang lebih daripada itu dianggap sebagai mewah.
Tetapi kepada mereka yang tinggal di luar bandar dan jauh daripada arus pembangunan, sebuah rumah tiga bilik yang sederhana bagaikan syurga.
Kepada golongan masyarakat miskin tegar, kediaman milik sendiri merupakan langkah pertama untuk keluar daripada kepompong kemiskinan. Kepada golongan tersebut, rumah yang disediakan oleh kerajaan di bawah Program Bantuan Rumah (PBR) begitu bermakna.
Mereka yang layak mendapat rumah itu adalah 30,114 rakyat Malaysia yang disenaraikan sebagai miskin tegar sementara 53,025 lagi dikenalpasti sebagai miskin.
Sejak inisiatif Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) diperkenalkan, Kementerian Luar Bandar dan Pembangunan Wilayah (KKLW) telah menyediakan 2,496 kediaman di bawah PBR. Ia adalah kediaman baru atau yang diperbaiki dengan sasaran untuk menyediakan sejumlah 16,626 kediaman di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
Usaha tersebut adalah sebahagian daripada sasaran 50,000 rumah yang ditetapkan bagi program tiga tahun di bawah program NKRA. Rumah tersebut didirikan di tanah milik negeri atau swasta yang disediakan dengan kemudahan air yang dirawat dan bekalan elektrik 24 jam.
Sebuah rumah asas PBR tiga bilik di Semenanjung dianggarkan bernilai RM33,000 sementara di Sabah dan Sarawak harganya mencecah RM43,000. Di bawah sub-KRA Infrastruktur Asas Luar Bandar, Kementerian menyediakan 109 kediaman di Sabah, 1,437 di Sarawak dan 950 di Semenanjung.
 Bagi Nuraine Nasir, 37, peserta Program Bantuan Rumah Berkelompok e-Kasih Kampung Londah, Gemas di Negeri Sembilan, kediaman baru beliau lebih selesa daripada pondoknya di Rokan.


 “Saya bersyukur dapat rumah ini”, kata ibu tunggal tiga anak itu. Nuraine menyara hidup dengan menjual minuman sejuk di sekitar kawasan perumahan baru itu yang terletak 10 kilometer (km) dari bandar Gemas.
Bulan lalu, Menteri Luar Bandar dan Pembangunan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal melancarkan program perumahan tersebut dengan membuka pintu 50 buah rumah yang masing-masing bernilai RM33,000 lengkap dengan bekalan air dan elektrik 24 jam.
Jiran Nuraine, Mohd. Isa Ibrahim, 47, berharap dapat mengharungi masa depan yang lebih baik bersama lima anaknya setelah memiliki kediaman sendiri.
“Rumah ni macam syurga bagi kami orang susah ni. Mana nak dapat rumah percuma kalau kerajaan tak tolong kami”, katanya.
Program Bantuan Rumah (PBR) Berkelompok e-Kasih Kampung Londah merupakan satu lagi harapan yang disampaikan oleh kementerian kepada mereka yang dikenalpasti sebagai miskin tegar.
Kementerian juga bertanggungjawab menyediakan jalan-jalan di kawasan luar bandar di bawah Program Jalan Luar Bandar (JALB), bekalan air yang dirawat di bawah Program Bekalan Air Luar Bandar (BALB) dan Program Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB).
Sehingga ini, kementerian telah membina jalan sepanjang 477.8 km, yang terdiri daripada 171 km jalan di Sabah, 17.1 km di Sarawak dan 289.7 km di Semenanjung.
Jalan-jalan di luar bandar itu menghubungkan 91.4 peratus daripada mereka yang tinggal dalam lingkungan lima km dari jalan yang diturap di bawah JALB.
Sejumlah 5,789 kediaman di Sabah kini menikmati bekalan air di bawah BALB dengan 1,096 di Sarawak dan sejumlah 3,639 di Semenanjung.
Memeta golongan miskin
Kementerian membekalkan 2,691 rumah dengan bekalan elektrik 24 jam daripada sasarannya sebanyak 25,312 kediaman pada tahun 2010. Daripada jumlah itu, 1,476 adalah di Sabah, 1,090 di Sarawak dan 125 di Semenanjung.
Projek-projek NKRA yang dilaksanakan oleh Kementerian adalah menerusi kerjasama daripada Bahagian Infrastruktur, Bahagian Kesejahteraan Rakyat dan unit NKRA.
Bahagian Kesejahteraan Rakyat baru-baru ini melaksanakan langkah memeta taburan golongan miskin tegar.
Sejumlah 30,114 rakyat Malaysia dikategorikan sebagai miskin tegar dan 53,025 lagi sebagai miskin sehingga Jun lepas.
Sabah mendahului senarai dengan bilangan miskin tegar paling tinggi iaitu sebanyak 14,184 orang dan 13,669 lagi dikategori sebagai miskin.
Sarawak pula di tempat kedua dengan mencatatkan 9,993 orang miskin tegar dan 13,993 orang miskin. Di Semenanjung, Kelantan mencatat bilangan miskin tegar tertinggi iaitu 2,357 orang dan 6,285orang miskin. Melaka pula adalah negeri yang mencatatkan bilangan orang miskin tegar terendah iaitu 25 orang, manakala 259 orang miskin sementara Labuan tidak mempunyai orang miskin tegar tetapi seramai 69 orang dikategorikan sebagai miskin. – **kosmo online


**Daripada imformasi di atas jelas sekali kita di anak tirikan dalam semua perkara, inikah konsep 1Malaysia.
Namun masih ramai lagi yang tekejar-kejar nakkan Barisan Nasional terus menerajui kerajaan negeri Sarawak. Harga rumah jelas lebih mahal di bandingkan dengan di Malaya seolah-olah rakyat negeri  S'wak kaya-raya dari orang-orang di malaya atau mungkin mereka berfikiran duit kita lebih tinggi nilainya dari duit mereka, jalan raya negeri lain dapat seratus lebih kilometer negeri kita cuma dapat 17.1 kilometer, jalan raya dekat mana ini, jalan raya menuju ke rumah Taib Mahmud sahajakah?
Cuma satu sahaja kita lebih, kadar kemiskinan kita di letakkan di No2. kalau di letakkan No1 sekali pun tak salah , tapi malulah CM kita jika negeri kita No1. memandangkan beliau selalu mengatakan pembangunan amat pesat di negeri kita, memandang negeri kita juga yang banyak sumber untuk di agih-agihkan untuk konco-konco beliau, jadi wajarlah kita jadi No2 dalam senarai kadar kemiskinan negara.
Walaupun kita di letakkan di No2 dalam senarai kemiskinan, namum kita di beri kelebihan dalam pembinaan rumah untuk golongan miskin, iaitu  di  109 di Sabah 1,437 di Sarawak dan 950 di Semenanjung
Apa pun rumah ini "Ucak, fikir bukanlah percuma dan yang dapat pun mungkin orang tertentu yang rapat dengan orang yang ada kepentingan tersendiri.
Apa pun yang utama mengenai konsep 1Malaysia agar kita tak memainkan isu-isu perkauman, apa yang Ucak tau negeri kita di S'wak walaupun berbilang bangsa dan Agama memang dah lama bercampur gaul samada melalui perkahwinan berlainan bangsa dan agama mahu pun persahabatan, Ucak sendiri pun berkawan dengan  bangsa Melayu dan Melanau  dan yang lain ketika sekolah dulu, malah mereka seringkali mengajak balik ke rumah mereka.
Hanya Tiga kaum popular di Malaya sahaja selalu heboh-heboh walaupun masalah kecil sahaja berlaku.Terutama sekali apabila membabitkan orang politik.