SHAH ALAM: Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau tidak percaya bahawa Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali mahu menjatuhkannya seperti yang didakwa oleh beberapa pihak.
Ketika diminta mengulas pendedahan seorang bekas pemimpin PKR semalam mengenai perkara itu, beliau berkata : "Kita tidak boleh terima berita itu terutama tentang kesahihannya. Saya tidak percaya yang Azmin lakukan perkara itu."
Abdul Khalid berkata walaupun wujud banyak perbezaan pendapat dalam PKR, parti itu mencari jalan penyelesaian terbaik dengan cara yang tertib dan teratur melalui perbincangan oleh Biro Politik PKR.
Ketika diminta mengulas mengenai persediaan bagi pemilihan PKR Cabang Kuala Selangor yang diketuainya pada Ahad ini selepas berlaku kekecohan pada pemilihan di beberapa cabang parti tersebut baru-baru ini, Abdul Khalid berkata beliau telah meminta pasukan sukarelawan dari cabang itu untuk membuat beberapa persediaan supaya tidak berlaku perkara-perkara yang tidak diingini. -Bernama
**Mungkinkah PKR bergolak, jika benar seperti yang" Bernama" tuliskan, memang tak mustahil PKR akan bergolak dan pergolak itu pasti di nanti-nantikan BN, yang rugi adalah Pakatan Rakyat bukan hanya PKR.
Jika PKR terus bergolak tak mustahil juga, pendatfar pertubuhan"ROS" akan membatalkan PKR,apabila perkara ini terjadi sudah jelaslah menjelang PRU 13 nanti hanya Pas dan Dap sahaja melawan Konco-konco Barisan Nasional.
Apa pun harap-harap pemimpin dalam PR menyelesaikan masalah mereka dengan baik. memandangkan sokongan rakyat pada PRU 12 dulu begitu memuaskan.