http://ulikehits.co.uk/ref-1031.html

Ex4Me

Livestreaming

Khamis, 7 Oktober 2010

Kerusi No1 membuat Muhyiddin Berubah?

 Naib Presiden PKR Mustaffa Kamil Ayub berkata, mantan bosnya Tan Sri Muhyiddin Yassin kini berubah menggunakan pendekatan “mengapi-apikan sentimen Melayu” disebabkan penangan kerusi perdana menteri yang sedang diintainya.Mustaffa – bekas setiausaha politik Muhyiddin selama empat tahun sehingga Disember 2008 - berkata perkara itu juga disebabkan keadaan politik sekarang berbeza berbanding ketika Muhyididin memimpin kementerian belia dan sukan lebih sepuluh tahun lalu.

“Ada perbezaan pendekatan sebab dalam hal sekarang ini, beliau sudah mula mengintai kerusi nombor satu negara,” katanya ketika ditanya sama ada Muhyididin masih merupakan orang yang sama.

“Jadi sebab itu (sekarang ini), segala langkah yang beliau (Muhyiddin) ambil, sifatnya adalah untuk mengintai peluang kerusi nombor satu negara.”Mustaffa - yang meletakkan jawatan bagi menyertai reformasi Datuk Seri Anwar Ibrahim – berkata, pendekatan Muhyididin kini “berganjak” kerana kedudukannya dalam Umno tidak lagi “terancam”.

Sebelum ini, menurut Mustaffa, Muhyiddin bergelut membuang label sebagai “orang kanan Anwar”, antaranya kerana menjadi antara menteri terawal melawat Anwar setelah dibebaskan daripada penjara.Menurut analisis Mustaffa juga, dalam masa yang sama pendekatan Muhyiddin dilihat berbeza dengan Najib yang menurutnya cuba mengambil hati masyarakat bukan Melayu.

“Itu sifatnya (politik) pedang bermata dua, double standard dalam politik yang mereka lakukan,” kata Mustaffa.

Menegaskan PKR mengamalkan politik nilai yang tidak berasaskan perkauman, 'politik lama' Umno dan BN itu sudah mula pecah, terutamanya apabila peneroka Felda dan Felcra sebagai penyokong kuat kerajaan didakwa sudah berubah.

Bagaimanapun, di sebalik semua kritikan keras itu, Mustaffa mengakui, beliau pada 12 tahun lalu berkongsi tiga persamaan dengan Muhyididin, iaitu saling menekuni aspek kepemudaan, hampir dengan nilai keagamaan dan memberi “dokongan baik” kepada Anwar.

Karektor itulah yang mungkin mewujudkan keserasian antara mereka dalam satu pasukan, akui Mustaffa.


**kiss kiss kiss rugilah Muhyiddin kalo tak nak berubah, dah memang patut berubah pun sesiapa yang tahu tentang politik pun akan ketawa terbahak-bahak, jika beliau tak nak berubah, yang di perkataan pun mungkin ramai pemerhati politik dah tahu, cuma diam sahaja.
Alahai.. mereka kat satu keluarga dalam BN,bercakaran macam mana pun masih kena hormat yang di atas,sama juga dengan yang ada persamaan dengannya.
Dunia politik dah memang camtu, tak nak diam terus aje duduk bawah, Ada beranikah?,sedangkan kerusi empuk sedia menanti jika bersabar.
Mungkin ramai juga yang di luar sana dah tahu cuma diam aje, modal tak ada diam sahajalah.
Malah dari cerita media  selama ini pun boleh di fahami, dengan ada berita macam ini, maka ramailah yang berkata dalam hati "ternyata yang terbuku di hati selama ini ada persama dengan yang mustaffa cerita.
Apa pun kita tunggu dan dengar pulak apa yang di katakan Muhyiddin.