http://ulikehits.co.uk/ref-1031.html

Ex4Me

Livestreaming

Selasa, 5 Oktober 2010

Taib akui terlalu sukar tentukan tarikh pilihan raya

Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, berkata terlalu sukar baginya menentukan tarikh pilihan raya Sarawak kerana masih banyak perkara yang perlu diselesaikan sebelum pengumuman mengenainya dibuat, lapor Berita Harian Online.

Beliau mengakui petanda untuk mengadakan pilihan raya kini semakin ketara, namun beliau belum dapat memberikan sebarang keputusan."Anda tahu macam mana sukarnya untuk menentukan tarikh pilihan raya? Jika anda hendak berkahwin, anda tentu tahu macam sukar untuk membuat keputusan walaupun keputusan itu hanya untuk seorang saja dan saya terpaksa membuat keputusan untuk lebih dua juta rakyat Sarawak," katanya kepada Berita Harian Online.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Konvokesyen Universiti Teknologi Swinburne, di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di Kuching, hari ini.

Abdul Taib yang sebelum ini mengumumkan untuk kekal menerajui Barisan Nasional (BN) negeri bagi menghadapi pilihan raya negeri akan datang, berkata perkara utama yang bermain dalam fikiran beliau ketika ini ialah perancangan yang akan dibuat untuk manfaat rakyat Sarawak dalam tempoh lima tahun akan datang.

Beliau berkata, perkara yang dirancang dan diyakini mampu dilaksanakan itu akan dimasukkan dalam manifesto pilihan raya negeri akan datang.

"Saya tidak akan menjanjikan (dalam manifesto) sesuatu yang saya tidak mampu laksanakan. Apa yang saya mampu buat dan tidak mampu buat, bergantung kepada maklum balas rakyat, sebab itu saya harus berhati-hati dengan apa yang saya hendak katakan."Saya tidak mahu menjanjikan sesuatu yang tidak boleh diterima rakyat, kemudian ia dirancang tetapi gagal dilaksanakan," katanya.

Sehubungan itu, Abdul Taib, berkata beliau harus menyediakan manifesto yang mudah difahami rakyat dan untuk pilihan raya akan datang, beliau membayangkan manifesto akan menitikberatkan soal pembangunan ekonomi.

**Apakah yang membuat Taib sukar menentukan tarikh pilihan raya DUN Sarawak, apakah beliau telah mula membayangkan pilihan raya kali ini pasti tidak seperti pilihan raya yang dulu-dulu yang mana Barisan Nasional sentiasa menang dengan mudah.
Benarkah beliau tak menjanjikan sesuatu yang di janjikan namun tak di laksanakan, apakah manifesto yang mudah di fahami rakyat.
Bagi "Ucak apa pun yang Taib katakan semuanya hanyalah untuk konco-konco BN bukannya rakyat.
Bila masa pilihan raya, rakyat akan di janjikan dengan kesenangan untuk membuat mykad bagi mereka yang sukar untuk membuat mykad.
Dan projek-projek yang tak pernah menguntungkan rakyat tapi hanya menguntungkan konco-konco BN
Sepatutnya Taib membawa masuk pelabur luar negara untuk pembangunan negeri, agar peluang pekerjaan ada untuk rakyat, ini tidak yang ada melabur pun konco-konco BN dari Malaya mengambil hasil negeri untuk menambahkan kekayaan ahli keluarga.
*47 tahun dalam malaysia sepatutnya negeri sarawak lebih maju dari negeri malaya memandangkan hasil negeri yang banyak.Tapi sebaliknya berlaku, yang maju hanyalah keluarga Taib dan konco-konco BN bukan pembangunan untuk rakyat.