http://ulikehits.co.uk/ref-1031.html

Ex4Me

Livestreaming

Rabu, 6 Oktober 2010

Kecoh 1malaysia liwat lagi kah?

Sidang akhbar Rahimi kecoh diganggu penyokong Anwar

 KLANG: Sidang akhbar oleh bekas pembantu kepada penasihat
Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim terpaksa dihentikan selepas
diganggu sekumpulan lelaki sebaik sahaja bermula.
Semasa wartawan sedang sibuk menunggu apa yang bakal diutarakan olehMuhamad Rahimi Osman, di dalam satu bilik di sebuah restoran di sini kira-kira
4.05 petang tadi, mereka dikejutkan dengan jeritan suara "Oi Sudahlah
Rahimi Sudahlah" dan "Keluar, Keluar" berulang kali.

Kumpulan lelaki itu meminta Rahimi supaya menghentikan sidang akhbar itu dan
tidak membuat dakwaan terhadap Anwar yang kini sedang dibicarakan di atas
tuduhan meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Mereka juga mengambil kesempatan memburuk-burukkan Muhamad Rahimi, yang juga
seorang ahli perniagaan, di hadapan media yang sedang menunggu kenyataan
daripadanya.

Bagaimanapun, Rahimi kemudian mengambil keputusan untuk menghentikan sidang
akhbar itu pada jam 4.30 petang dan beredar daripada bilik itu yang bukan
sahaja panas kerana gangguan daripada pihak luar tetapi kerana lebih daripada
30 pengamal media bersesak-sesak dalam bilik itu.

Pihak media yang khuatirkan keselamatan mereka turut bergegas keluar dan
merasa lega apabila melihat beberapa anggota polis telah berada di luar restoran
itu untuk mengawal keadaan.

Sementara itu, di luar restoran pembantu khas kepada Anwar mengenai kaum
India Suresh Kumar berkata tindakan Muhamad Rahimi itu akan meningkatkan lagi
tekanan kepada kes Anwar.ila ditanya kehadiran beliau pada hari ini sebagai penyokong Anwar, beliau
berkata:"Sudah tentu, saya mahu lindungi Datuk Seri (Anwar), kami kenal Rahimi,
saya kenal baik Rahimi dan (Mohd) Saiful."

Dia mendakwa Muhammad Rahimi mempunyai hubungan istimewa dengan Mohd
Saiful.

Difahamkan Muhamad Rahimi memanggil sidang media itu untuk mengeluarkan
kenyataan berkenaan laporan polis yang dibuatnya pada 3 petang tadi
terhadap dua akuan bersumpah yang ditandatanganinya mengenai kes liwat Anwar
dan Mohd Saiful pada 2008.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yuspo ketika dihubungi
mengesahkan bahawa Muhamad Rahimi membuat laporan itu di Ibupejabat Polis
Daerah (IPD) Klang Selatan.*Berita harian

**Sana-sini blog membuat andaian sendiri, dan terus menghentam DSAI  dan penyokong-penyokongnya. Apa yang berlaku sebenarnya., memang menjengkelkan dari blog-blog yang anti PKR dan dah tentulah DSAI dan keluarga tak dapat tidur lena malam ini, begitulah sensasinya berita apabila melibatkan DSAI, samada kes liwat yang belum lagi ada penghujungnya atau cerita-cerita politik yang lain. samada dari DSAI atau seteru beliau yang memang sentiasa manjadi bahan politik malaysia.
Begitu kuatkah pengaruh DSAI kepada rakyat yang membangkang kerajaan BN, atau memang rakyat dah muak dengan janji-janji BN terutama di negeri-negeri yang masih kurang pembangunan nya.
Walaupun negeri tersebut mempunyai sumber hasil yang banyak.
Bagi 'Ucak, DSAI hanyalah menyemarakan lagi kehendak rakyat yang memang dah lam tak suka akan BN.
Tanpa DSAI rakyat pun, mungkin akan lebih berani lagi selepas ini.
Sana-sini mengatakan PKR adalah parti keluarga sehingga mereka lupa dalam UMNO pun apa kurang, PM bertukar ganti dulu bapa sekarang anak, Orang melayu lain pun nak juga jadi PM,nak tunggu giliran dalam UMNO pun belum tentu dapat,jika sokongan tak kuat.