http://ulikehits.co.uk/ref-1031.html

Ex4Me

Livestreaming

Khamis, 30 September 2010

Pas seolah-olah tempelak DAP

SHAH ALAM – Pas seolah-olah menempelak DAP apabila Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, ingin meletakkan calon Cina dari Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas.

:Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, Pas sebenarnya sedang memperkukuhkan keupayaan mereka di kalangan bukan Islam, sekali gus mula menjarakkan diri daripada DAP dan Pakatan Rakyat (PR).

:Menurutnya, perkara ini juga menggambarkan Pas mula mencuba taktik baru seperti janji pemimpin mereka kepada DHPP sebelum ini yang akan meletakkan calon bukan Islam pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

:“Mereka (Pas) sebenarnya bukan memperli UMNO, tetapi sebenarnya kenyataan itu tertumpu kepada DAP. Mungkin juga Pas tidak yakin dengan calon Islam mereka,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.
Ditanya peluang Barisan Nasional (BN) menang pada pilihan raya kecil DUN Galas, Khairy berpendapat peluang masih ada tetapi calon yang diketengahkan nanti perlulah seorang pemimpin berwibawa dan diterima penduduk tempatan.

“Apa pun alasannya, yang penting BN perlu menang kali ini untuk menguji sokongan rakyat kepada kerajaan menjelang PRU akan datang,” katanya.

**Betulkah PAS  dah mula menjarakakn diri dari DAP dan Pakatan Rakyat, dan  dah  mula mendapat penyokong  yang bukan beragama islam.

Apa pun yang di bicarakan ucak fikir "PAS takkan dapat sokongan dari mereka yang bukan beragama islam"
kalau ada pun jumlah nya amat sedikit, Andaikata PAS keluar Pakatan Rakyat, PAS tetap boleh menang tapi bukan dengan sokongan mereka yang bukan beragama islam,

 Sekarang rakyat sebenarnya lebih kepada pembangkang kerana mereka tak nak kerajaan Barisan Nasional terus meneraju negara, orang melayu sendiri pun dah mula bosan melihat pemimpin yang bertukar ganti lepas bapa ,anak plak yang  muncul menjadi orang No1 negara,

*Seharusnya rakyat sarawak yang majoriti berbangsa dayak,memulakan tugas mereka dengan bijak bukannya masih berterusan menyokong Barisan Nasional.
Tapi sokonglah mana-mana party yang boleh membantu mengangkat mentarbat bangsa dayak sendiri ketahap yang lebih tinggi,bukannya pemimpin hanya tau angguk aje demi poket diri sendiri sahaja.