Sedar tak sedar dah 5 tahun aku tak balik kampung.
Tak terlintas di hati untuk aku melupakan kampung halaman ku,di mana aku membesar bersama rakan-rakan sepermainan yang nakal dan perangai gila-gila bila dah remaja.
Beberapa hari yang lepas aku di kejutkan dengan berita yang adik ipar aku akan datang ke ibu negara bersama dengan rakan-rakan nya.
Apa yang membuat aku terkejut dengan berita kedatangan nya, sebab dia dah berkeluarga dan mempunyai anak yang masih kecil dan bersekolah yang begitu memerlukan perhatin seorang ayah di sisi.
Begitu tegar hati seorang ayah meninggalkan anak-anak yang masih kecil demi sebuah keluarga yang di sayangi.Semalam Tepat Jam 10.15 malam sampailah mereka di rumah sewa aku yang terletak di pinggir ibu kota.Sambil minum-minum teh O kami pun beborak-borak kosong,
Aku hanya bertanya khabar orang kampung apa cerita?,sedar tak sedar jam pun dah lewat mereka pun dah ngantuk maklumlah mungkin merasa penat dalam perjalan.
Pagi ini Cerita kami pun bersambung, aku tanya kawan aku 'abang nya buat apa sekarang kerja mana?'
Kawan aku cerita abang nya dah tak kerja kayu balak lagi ,dan tinggal di kampung bini dia.
Takde orang nak jaga ladang sawit keluarga mertua nya,sebab bapa mertua nya baru sahaja dah meninggal,
Kawan aku pun cerita orang kampung bini abang nya ramai tanam sawit,masuk tiap-tiap bulan sebab tu abang nya berhenti kerja kayu balak.
Aku pun potong cerita dia, kampung kita camne? Entahlah kata nya"Ada juga orang cakap salcra nak tanam getah tapi tak tahu bila, bagi anak pokok getah dan baja percuma selama 3 tahun tapi hasil nya nanti kena jual kat dia orang sahaja.
Aku pun mencelah"Boleh jadikah projek ini?. Ladang sawit yang ada kat kampung kita macam mana siapa yang kerja, hemmm.. indon yang ramai bekerja kata nya.
Hampehhh..kata saya."Ladang sawit tu bukan untuk rakyat, tapi cara orang perlahan-lahan ambil tanah tapi takpe bukan tanah kita.
Adik ipar aku plak mencelah" bulan 12 balik kejap pastu datang lagi, balik lagi bulan 5 nak buat rumah
Aku pun tanya kenapa dengan rumah kita?' Adik ipar aku jawab, "nak buat bilik air 2 bilik mandi 2
Susah bila semua balik kena tunggu giliran kalau nak mandi dan buang air"kata nya.
Bukan itu sahaja bawah rumah pun dah tak elok paip air pecah, bukan kita sahaja orang lain pun ada kena.
Berapa kali buat aduan pun tak di buat, 5 kali pilihanraya pun tak buat lagi tu,
Kata nya lagi."Apa yang Datuk Seri Najib cakap hari itu pun mana ada, entah bila.
Ada juga Ketua 450 sebulan cakap ada projek kipas kerajaan bagi tapi tak muncul juga.
Dia yang jadi kaki kipas BN agak nya. Akeke...gelihati aku bila dengar projek kipas nie, nampak sangat negeri kita negeri yang senang di gula-gulakan. Berapa sangatlah kipas tu, bagi mereka yang berduit tapi masih nak kedekut. "Lawak bodoh betul ketua ini," kata aku. Lalu cerita kami pun berakhir di situ sebab mereka nak meneruskan perjalan ke Utara tanah air.