http://ulikehits.co.uk/ref-1031.html

Ex4Me

Livestreaming

Selasa, 28 September 2010

30 penduduk rumah panjang keluar PKR

MIRI 26 Sept. - Parti Keadilan Rakyat (PKR) menerima tamparan apabila lebih 30 ahlinya dari rumah panjang Ayai Sawing di Saeh, Niah dekat sini keluar parti dan menyertai Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP).
Ketua rumah panjang, Ayai Sawing berkata, keputusan menyertai SPDP iaitu sebuah parti komponen Barisan Nasional (BN) adalah kerana mereka tidak yakin dengan kemampuan PKR dalam melaksanakan pembangunan di kawasan itu.
Menurutnya, PKR gagal membuktikan bahawa mereka mampu membawa pembangunan dan melaksanakan perkara yang dimahukan rakyat sebaliknya lebih banyak berbohong dan mengkritik.
"Cukuplah, kita yakin hanya BN berupaya merealisasikan harapan penduduk untuk menikmati lebih banyak pembangunan di sini," katanya semasa majlis penyampaian borang keahlian SPDP di Niah, kira-kira 90 kilometer, dari sini semalam.*****sumber utusan sarawak

Boleh percayakah,hehehe..banyak manalah kalau setakat 30 orang,entah-entah kerabat terdekat ketua rumah panjang yang bergaji Rm 450 sebulan, banyak mana gaji camtu beli rokok dan arak sahaja pun dan abis.
Apa yang boleh PKR buat dekat sarawak,bukan ada menang pun di sarawak.
Yang menang cuma DAP sekutu dalam PR itu pun dekat kawasan cina. bukan nya kawasan yang rumah panjang apa mau hairan.
Sudah-sudahlah uiks!!.. dengan BN korang tuh, Hari Malaysia pun macam nak di hapuskan, hanya tahun ini sahaja baru orang tau hari malaysia itu apa? sarawak,sabah bergabung untuk menamakan malaysia, kalau tak terus jadi Malaya lah semenanjung.
Berapa lama dalam malaysia apa rakyat sarawak dapat, ada minyak mentah pun bagi negeri yang takde hasil memproses, seolah-olah sarawak takde tempat kosong lagi nak di bangunkan.
Kayu balak untuk kroni, pampasan kalau ada pun cuma ciput sahaja, kroni juta-juta.
Kemudahan asas pun masih banyak lagi yang belum dapat,walaupun dah 50 tahun berlalu.
Itu pun masih nak bangga Dengan BN.