http://ulikehits.co.uk/ref-1031.html

Ex4Me

Livestreaming

Isnin, 27 September 2010

Pemilihan PKR di Kapar, Klang kecoh

Berlaku tumbuk menumbuk, kerusi dibaling apabila perwakilan tak puas hati cara pemilihan

KLANG: Pemilihan cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Kapar dan Klang, semalam kecoh apabila berlaku kejadian tumbuk menumbuk, kerusi dibaling dan kertas undi dibuang di atas jalan raya apabila perwakilan tidak puas hati dengan cara pemilihan itu dijalankan. Keadaan itu menyebabkan pemilihan di kedua-dua cabang berkenaan terpaksa ditangguhkan ke tarikh belum ditetapkan.
Di KUALA LUMPUR, pemilihan PKR Cabang Lembah Pantai yang turut dihadiri Ahli Parlimen kawasan itu, Nurul Izzah Anwar, juga kecoh selepas berlaku pertengkaran membabitkan dua kumpulan.

Dalam kejadian di Dewan Serba Guna Taman Sri Manja kira-kira jam 7 malam itu, kekecohan dikatakan berpunca rasa tidak puas hati sebelah pihak yang mendakwa wujud ‘pengundi hantu’ apabila jumlah kertas undi yang dikeluarkan melebihi jumlah pengundi berdaftar. ****Berita harian online.

Mengapa sampai macam itu sekali,siapakah dalang ini semua,mungkinkah ahli parti atau orang lain.
Sebagai ahli takkan lah nak buat macam itu sekali bukan dapat apa pun.
Mungkinkah juga ahli parti yang menyokong siapa yang bertanding melakukan,bermacam andai namun perkara telah pun berlaku, apa-apa pun siapa yang terpilih jadi ketua mahu pun timbalan jangan lah plak berperangai macam itu tapi kalau nak membela nasib rakyat buat macam takpe lah.
penyokong jangan lah keterlaluan bukan ada untung pun.