http://ulikehits.co.uk/ref-1031.html

Ex4Me

Livestreaming

Rabu, 29 September 2010

Sekumpulan warga emas pulangkan wang ihsan kerajaan Pulau Pinang

KEPALA BATAS: Lebih 40 warga emas hari ini memulangkan semula wang ihsan yang diberikan Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada mereka selepas berasa curiga dengan sumber wang tersebut.
Sementara itu, Azhar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penaga, berkata pihaknya menganjurkan majlis tersebut selepas diminta oleh warga emas sekitar kawasan Parlimen Kepala Batas yang mahu memulangkan wang ihsan berkenaan.

"Bukan UMNO yang suruh mereka (warga emas) bagi balik duit berkenaan sebaliknya mereka yang hubungi saya untuk minta pulangkan wang itu kerana tidak sanggup guna wang dari sumber haram," katanya.
Azhar juga berkata, lebih ramai warga emas akan berbuat demikian dalam masa terdekat dan pihaknya akan mengumpulkan semua wang tersebut sebelum menyerahkan kepada Pemuda UMNO Pulau Pinang untuk dikembalikan kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Umno jangan takutkan orang kampung, kata Dr Asri
Bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyeru Umno supaya tidak menakut-nakutkan warga Pulau Pinang dengan dakwaan kerajaan negeri menipu berhubung sumber kewangannya bagi membiayai program membantu golongan miskin termasuk untuk masyarakat Islam.

"Umno sepatutnya lebih ke hadapan dalam isu ini, bukannya bersikap jumud dan terkebelakang," katanya pensyarah agama di Universiti Sains Malaysia (USM) itu.

"Sudahlah mereka miskin, kita persalahkan mereka. Saya nak sebut kepada rayat Pulau Pinang tak payah susah hati. (Umno) janganlah nak takutkan orang kampung, jangan kata doa tak makbul atau (fikiran) sudah benak sebab makan dari sumber haram."Sekiranya semua transaksi bantuan dipersoalkan sumbernya, tidak ada lagi wang yang bukan daripada sumber haram. Setiap duit yang kita terima itu tentulah pernah digunakan untuk kegiatan lain.
Sebaliknya, Dr Mohd Asri berkata, perkara yang perlu dipertikaikan dalam isu pemberian bantuan orang miskin daripada hasil judi ialah promosi kepada syarikat judi yang menghulurkan sumbangan kepada kerajaan.
* Sesuatu yang menarik di dengar dan ternyata apa yang berlaku membuka mata banyak pihak, terutama sekali orang politik sebab orang politik yang memulakan.
Yang memjawab plak orang arif tentang agama dan berfikiran terbuka.
Dan yang pasti ramai rakyat tertanya-tanya ke mana pergi cukai arak,judi dan rokok yang banyak menyumbang ke cukai  kerajaan, apakah untuk pembangunan atau bantuan ke negara asing dan siapa penerima nya.
*Apa pun warga emas yang menerima wang ishan itu, berhak dengan keputusan mereka untuk memulangkan
semula wang itu kepada Guan Eng jika mereka pun was-was.