http://ulikehits.co.uk/ref-1031.html

Ex4Me

Livestreaming

Isnin, 27 September 2010

Guan Eng kena jawab isu wang

Umat Islam tak mahu subahat sumber duit judi lumba kuda: Muhyiddin

PAGOH: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng perlu memberi penjelasan berhubung dakwaan mengenai sumber kewangan digunakan untuk program pembasmian kemiskinan tegar di negeri itu yang disumbangkan Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata pendedahan Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, mengenai isu turut membabitkan bukti dikemukakan. “Kita tunggu maklum balas atau penafian Ketua Menteri Pulau Pinang itu kerana pada saya, prinsipnya kena jelas...kalau wang ihsan itu daripada sumber haram, kita umat Islam tidak mahu subahat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Melonjak Kecemerlangan Pendidikan Pagoh anjuran bersama Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan dan Sekretariat Pendidikan Parlimen Pagoh di Kompleks Seri Pekembar, di sini, semalam.

Muhyiddin mengulas pendedahan Pemuda UMNO yang mendakwa kerajaan Pulau Pinang menerima sumbangan RM500,000 daripada Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang yang mengendalikan pertaruhan perlumbaan kuda di negeri itu.***Berita selanjutnya di Berita harian Online.

Memang patut pun Guan Eng jawab isu ini.,agar penerima yang beragama islam tahu dari mana sumber duit tersebut,tapi sedarkah kita bahawa cukai arak,judi dan rokok selama ini siapakah penerima nya.
Cukai arak dan judi bukanlah sikit begitu juga cukai rokok,jelas cukai dari sumber itu pun  haram. kerana sumber nya  haram, walaupun aku cetek ilmu agama.
Tapi siapa penerima nya dan kemana cukai itu di gunakan,adakah untuk membangunkan negara atau di dermakan untuk mangsa bencana alam di seluruh dunia yang negara kita bantu selama ini.
Persoalan nya rakyat tak nampak perkara ini atau sahaja diam sebab yang menghulurkan bantuan itu BN.
Dah terlalu lama berpolitik hingga pelupa dan bagai orang sasau, akhirnya isu macam ini terkena batang hidung sendiri.
Aku bukanlah pro mana-mana parti tapi teringin sangat nak melihat ada pemimpin yang benar-benar ikhlas membantu rakyat,sebab pemimpin kita selama ini lebih bangga dengan pendatang asing jika di bandingkan dengan rakyat tempat.Dengan senang mereka bersuara rakyat tempatan malas.
Maka berlambak lah mamat indon,bangla,mynmar.vietnam,nepal dan minah-minah dari cina.
Datang sah takpe lah juga,tapi Pati pun berlambak.
Layakkah Mynmar  berstatus perlarian yang mendapat pelindungan dari UN.
Bebas bekerja mencari rezeki di mana-mana. Tokan sukalah  tak perlu bayar itu ini,kalau dia ambil warga tempatan dia akan cakap seribu satu alasan.Malas dan suka lawan boss macam mana nak pakai kerja.
Padahal tokan ini bijak menyembunyikan perangai dia, pertama tanak potong wang simpanan perkerja kedua Perkeso.Agar keuntungan dia tak nampak,jadi kuranglah cukai dia.
Sebab itu juga keselamatan harta benda mereka yang beruang pun warga asing yang jaga, kalau James Bond yang jaga aku tak hairan tapi yang menjaga itu pun kurang lebih macam jebon je.
Bila sesuatu perkara buruk terjadi baru nak ternganga.
Lihat sahaja mamat buluh runcing dah lama berlambak di negara kita malah senang sahaja dapat Kad permastutin tetap tapi rakyat sendiri yang jelas lahir,membesar dan bersekolah di tempat sendiri,akibat keruntuhan rumahtangga terutama di sarawak yang jauh di pedalaman lewat pendaftaran begitu sukar nak dapat mykad. Mungkinkah ada orang untung di sebalik kebanjiran pendatang asing ke negara.
Kalau datang melancung takpe lah juga tapi banyak yang datang melencong.
Siang buat rumah malam pecah rumah,siang ada kelas siang juga pecah rumah,siang tidur malam pulak jadi GRO. he he he.. inikah duniaku.