Selasa, 28 September 2010
ADUN Galas meninggal
KUALA LUMPUR: Satu lagi pilihan raya kecil akan diadakan iaitu yang kedua di Kelantan selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, dan ke-12 sejak Pilihan Raya Umum 2008, berikutan kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Che Hashim Sulaima, semalam.
Che Hashim, 48, yang menghidap kanser paru-paru meninggal di Hospital Pakar Al-Islam Kampung Baru di sini, di hadapan dua isterinya, Che Bongsu Jusoh dan Aida Zakaria serta 12 anaknya yang berusia antara 19 tahun hingga enam bulan kira-kira jam 4.35 petang. ***Berita Harian ONLine.
****Sejauh mana kekuatan PR mampukah PAS mempertahankan Dun galas, mungkin juga BN memenangi kembali Dun Galas yang pernah mereka menangi.
Segalanya akan terjawab pada pilihanraya kecil yang akan diadakan pada tarikh yang belum di tentu lagi
Pada Pilihan Umum 2008, Che Hashim memenangi kerusi Galas dengan majoriti 646 undi selepas menewaskan penyandang dari Barisan Nasional, Mohamad Saufi Deraman dengan majoriti 646 undi.
Sebelas pilihan raya kecil sebelum ini ialah Parlimen Permatang Pauh yang diadakan pada 26 Ogos 2008, Parlimen Kuala Terengganu (Januari 2009), Parlimen Bukit Gantang (April 2009), DUN Bukit Selambau (April 2009), Batang Air (April 2009), Penanti (Mei 2009), Manek Urai (Julai 2009), Permatang Pasir (Ogos 2009), DUN Bagan Pinang (Oktober 2009), Parlimen Hulu Selangor (April 2010) dan Parlimen Sibu (16 Mei 2010).
Ternyatalah keputusan pilihanraya kecil yang lepas memihak kepada Pakatan Rakyat dengan kemenangan 8 kerusi dan 3 memihak Barisan Nasional.
Jika pilihraya kecil Dun Galas mampu di pertahankan tak mustahil PR mampu memenangi lebih banyak lagi kerusi Parlimen dan Dun pada pilihanraya yang ke 13 akan datang.
Apa pun yang berlaku pada pilihanraya kecil DUN Galas takkan mampu mengubah apa-apa.
Apa yang pasti hanya keputusan pilihanraya DUN Sarawak akan mampu menentukan sejauh mana kekuatan PR dan mungkin juga boleh menentukan keputusan pilihanraya yang ke 13 nanti
Sebab Sarawak dan Sabah adalah Kubu kuat Barisan Nasional.
Tapi pelik kenapa kedua-dua negeri ini juga yang masih kurang pembangunan dari negeri yang lain.
walaupun Sarawak dan Sabah penyumbang terbanyak hasil negara, malah ada juga sumber mengatakan kerajaan negeri Sarawak banyak berhutang dengan kerajaan pusat.
Salah siapa semua ini?.' pemimpin atau rakyat, saya tak salahkan pemimpin tapi rakyat yang tak nak berubah.
Walaupun sudah jelas pemimpin yang di pilih tetap dengan agenda nya yang tersendiri, memajukan saudara-mara dan menabung untuk keturunan dia yang akan datang.
Sampai bila ini nak akan di biarkan berterusan, nak tunggu bangsa kita mengemis di tepi-tepi jalan walaupun di tanah sendiri.
Kurang lebih sikit maju dengan bangsa lain dah mula nak berkokok, marah bila ada bangsa sendiri mengatakan bangsa kita memang masih jauh ketinggalan. hairan aku hairan perangai memang tak nak berubah.