http://ulikehits.co.uk/ref-1031.html

Ex4Me

Livestreaming

Rabu, 29 September 2010

Taib Mahmud sifatkan pembangkang pembohong besar

SIBU: Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, menyifatkan pembangkang sebagai pembohong besar kerana mendakwa mampu menyelesaikan pelbagai masalah rakyat sekiranya memegang kuasa.

Bercakap pada majlis Aidilfitri, beliau berkata, pembangkang lantang bersuara seolah-olah mereka mempunyai lampu ajaib Aladdin yang dapat menyelesaikan semua permasalahan sekelip mata. "Mereka mendakwa berupaya menyelesaikan masalah banjir di bandar Sibu bila mereka berkuasa. Mereka malah menghasut masyarakat agar tidak mengundi kerajaan kerana gagal mengatasi masalah itu."Tetapi mereka hanya pembohong besar. Mereka tidak ada perancangan atau program langsung," katanya.

Sebaliknya, Taib berkata, kerajaan secara senyap-senyap melaksanakan pelbagai langkah untuk mengatasi masalah tersebut menerusi perbelanjaan hampir RM500 juta.

Bagaimanapun, katanya, peruntukan yang terhad menyebabkan projek penebatan banjir itu dilakukan secara beransur-ansur.

"Tetapi jika masyarakat menyokong pembangkang pada pilihan raya, saya takut mereka akan memburukkan masalah.
Sementara itu, mengulas Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE), Taib berkata, projek itu boleh melonjakkan Sarawak sebagai negeri terkaya di negara ini pada 2030.
Menggariskan asas persediaan, Taib berkata, perkara pertama dan paling penting ialah mengutamakan dan mengekalkan perpaduan rakyat pelbagai bangsa dalam apa juga keadaan.

"Kemudian kita akan memerlukan pemimpin yang berorientasikan masyarakat serta jujur selain mempunyai wawasan yang hebat untuk masa depan. Taib juga mengingatkan rakyat, khususnya anggota Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) bahawa perjuangan untuk menjayakan SCORE adalah perjuangan bersama.

"Kita harus bersatu padu, mengekalkan disiplin dan paling penting bukan sekadar menjadi penonton atau pengulas, tetapi peserta yang aktif," katanya. -* Benama


*Lanun Oh Lanun!!..2X5 agak nya,yang penting Pehin Taib arus pergi,apa pun pembangkang belum mentadbir kerajaan negeri.
Bercakap pun seolah-olah memang beliau tak jujur, apabila  beliau sendiri masih mencari pemimpin yang berorientasikan rakyat serta jujur.
Perlukah kita tunggu 20 tahun lagi untuk menjadikan sarawak negeri terkaya di negara kita.
Sedangkan rakyat dan seluruh negara tahu sarawak mempunyai sumber minyak,kayu balak dan gas yang memang manjadikan sarawak negeri yang terkaya di negara kita berbanding negeri-negeri di semenanjung dari dulu lagi, Yang jelas kerajaan Taib gagal membawa masuk pelabur asing melabur di negeri kita.
Yang melabur pun  konco-konco beliau yang mencari gali minyak dan menebang kayu balak, bukan nya melabur untuk kemajuan rakyat dan negeri.