Suasana yang menarik untuk di kongsi bersama,
walaupun berlainan agama namun persahabatan tetap terjalin mersa.
Sebagai manusia biasa kita harus sedar hak dan tanggungjawab kita untuk menjaga keamanan negara.
Apa pun pegangan agama kita, kita harus bersatu menentang kerajaan yang hanya mementingkan kroni dan saudara mara mereka.
Seperti yang kita lihat hari ini negeri kita yang kaya raya dengan sumber asli telah di monopoli oleh Taib Mahmud anak beranak.. dan kroni mereka dari semenanjung.
Pembangunan negeri entah kemana? Jalan raya sumber air bersih pun masih belum terlaksana sepenuh nya walaupun kita telah merdeka 55 tahun yang lalu dari penjajah British. Tapi negeri kita tetap di jajah oleh mereka yang hanya tau menguntungkan poket kroni masing-masing.
Anak muda kita lebih suka bersosial daripada mementingkan akan nasib generasi sendiri pada masa akan datang,lalu ambil mudah apa yang berlaku pada hari ini.
Ada suara-suara nakal inginkan sarawak mahupun sabah keluar dari malaysia..bagi saya ianya satu perkara yang menarik untuk di beri perhatian..Jangan sampai hasil sumber asli negeri kita dah habis baru mereka rela melepaskan negeri kita. Ini bakal jadi satu bencana kepada negeri kita yang dulu nya terkenal dengan hasil kayu balak minyak dan gas, jadi negeri paling miskin di dunia..
Sanggupkah kita melihat perkara ini terjadi pada generasi kita yang akan datang.
Jadi segera lah bangkit dari mimpi-mimpi yang di reka-reka penghulu dan ketua rumah panjang yang begitu teruja dengan gaji yang tak seberapa untuk menipu bangsa sendiri.. jika sekolah, jalanraya, letrik, sumber air bersih di katakan pembangunan dan projek atap zink yang di katakan pemberian kerajaan itu semua nya hnayalah untuk memancing undi.
Dah jadi tugas kerajaan yang di pilih untuk membuat sekolah jalanraya letrik dan sumber air bersih untuk rakyat hasil dari cukai yang di kutip oleh mereka. Bukan nya hasil sumbangan dari poket Yb yang di wakilkan untuk menyerahkan peruntukan tersebut.
Aku selalu dengar projek atap zink berapa sangatlah harga Zink itu.
Jika kita tak mampu nak beli zink sendiri ini memang sudah jelas mencerminkan susahnya kehidupan kita di bumi sendiri walaupun negeri kita kaya dengan sumber asli.
Pekerjaan yang terhad dengan gaji yang tak seberapa dengan harga barang yang mahal. jelas ketara jika di bandingkan dengan apa yang ada d semenanjung..
Inikah yang di namakan" Satu Malaysia Rakyat di dahulukan Pencapaian di utamakan",
Ahad, 11 November 2012
Rabu, 24 Oktober 2012
Gambar yang kita lihat cerita yang ingin kita dengar
Gambar macam ini pun ada.. hahaha kelakar arghh!!.. Macho giler Lee Guan Eng pakai seragam camtu
Jika benar lah LGE seperti yang di gambarkan di atas bagi saya beliau dah tentulah seorang yang amat LuarbiasA.
Jadi tak mustahil beliau jugalah orang yang paling hebat di malaysia pada ketika ini
Lalu seluruh rakyat pun akan tunduk kepada LGE.
Tapi gambar yang anda lihat di atas hanyalah gambar yang di reka para blogger upahan politik BN/Umno
Begitulah dasyat nya perang politik..
Fitnah menfitnah perkara biasa untuk memenangi jantung hati rakyat.
Walaupun kadangkala nya ada cerita mahu pun fakta yang betul cuba di sembunyikan. demi kepenting Parti.
Rabu, 3 Oktober 2012
Taib Mahmud Orang terkaya Malaysia??
Bekas menantu Tan Sri Abdul Taib Mahmud menyifatkan ketua menteri Sarawak itu sebagai orang paling kaya di Malaysia, atau mungkin paling kaya di Asia Tenggara.
Shahnaz Abdul Majid, 49, berkata demikian semasa memberi keterangan berhubung aset bekas suaminya, Datuk Mahmud Abu Bekir Taib hari ini.
Dakwanya, Mahmud memiliki sebanyak 111 akaun di seluruh dunia, dengan jumlah deposit dianggarkan berjumlah RM700 juta.
Shahnaz mendakwa, Mahmud Abu Bekir memiliki akaun peribadi di Kanada, Amerika Syarikat, kepulauan Caribbean, Perancis, Monaco, Switzerland, Luxembourg, Malaysia dan Hong Kong.
Katanya, tuntutan mutaahnya sebanyak RM100 juta adalah kecil berbanding nilai aset bekas suaminya yang didakwa berjumlah RM1 bilion.
Dakwanya lagi, Mahmud memegang dua akaun peribadi di Edmond de Rothschild di Luxembourg dengan deposit berjumlah US$25 juta.
Beliau juga mendedahkan, bahawa bekas suaminya mempunyai dua akaun di bank sama di Switzerland dengan deposit berjumlah US$31 juta.
# Malaysiakini
Betulkah dakwaan Dia nie.. boleh percaya kah.. hahaha.. kelakar lah. Dulu senyap-senyap dah gaduh baru nak cakap itu ini.. mane ada orang nak percaya,kalau ada pun yang percaya dengan cerita shahnaz ini hanya lah SPRM, saya amat yakin 180% terhadap SPRM cuma aduan tak di buat je.. yang menyukarkan mereka menyiasat harta kekayaan yang di miliki Taib Mahmud. Ada keMungkin mereka tidak mempunyai kepakaran mencukupi, Apa-apa pun Saya amat yakin bahawa segala kekayaan yang di miliki Taib sekarang adalah hasil titik peluh beliau sebagai seorang ahli politik yang pandai menjaja air liur nya demi kepentingan Barisan Nasional. Saya cabar siapa di kalangan Orang Kuat Barisan Nasional yang berani dengan Taib Mahmud? Datuk Sri NAjib pun kecut dengan mat Taib,hehehe..pergi nya Taib dari Barisan nasional maka hanyutlah BN UmNO dari politik negara.
Ahad, 30 September 2012
kenapa tak rogol saya
Siapakah wanita yaang di nyatakan dalam klip video ini.
Lihat,dengar dan Nilai sendiri, apa yg anda perolehi selepas menyaksikan klip video ini
Isnin, 17 September 2012
Satu Malaysia Satu Bathera
Yang kaya tinggal di lokasi yang sama, yang miskin duduk di setinggan kota dan di pendalaman bersama hutan yang telah di kekah dara nya untuk si kaya hidup mewah tanpa mempedulikan nasib mereka
yang telah lama bertapak di belantara. Inikah konsep satu malaysia satu bahtera yang di laung-laungkan oleh mereka.Kamu Kaya Raya kami Papa kedana mane mungkin kita satu Bahtera. Satu Malaysia Satu Bahtera Hanyalah penyedap minda pemimpin yang kaya raya hasil usaha politik mereka.
Anak-anaknya semua di luar negara Ibu bapa mereka Menjual air liur kepada penyokong setia.
Ketua Yang Benggong Berlagak Hebat menjaja cerita kepada si nyanyuk yang yang tak tau apa-apa lalu Berkata 'bagus Pemimpin Negara tanpa usul periksa', Inikah Satu Malaysia Satu Bahtera.
-YanG Jelas Wa Tak Suka KOnsep 1Malaysia1Bahtera LaH!!!!.
Langgan:
Catatan (Atom)